Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sup kambing di Adam Road terima anugerah Michelin Bib Gourmand

Sokongan keluarga rahsia kejayaan gerai sup kambing
Jul 01, 2023 | 05:30 AM



Hidangan sup kambing memang membuka selera, baik dimakan ketika cuaca dingin ataupun tatkala sang suria menemani hari-hari lelah anda.

Apatah lagi jika hidangannya kaya rempah sehinggakan penduduk setempat dan pelancong cukup menggemarinya dan menganggapnya sebagai hidangan wajib jika ke pusat makanan yang menjual makanan India.

Bahrakath Mutton Soup yang terletak di Pusat Makanan Adam merupakan salah satu daripada 19 gerai yang baru disertakan dalam panduan Singapore Michelin Guide 2023 dengan Bib Gourmand.

“Ia adalah saat yang sangat menggembirakan, namun kami juga tidak menjangkakan untuk dianugerahkan Michelin Bib Gourmand,” kata pemilik generasi kedua, Syed Abdul Rahman Mohammad Ahdam, yang berusia 62 tahun.

Sebelum mengambil alih kedai itu, Syed Abdul Rahman bekerja di sebuah gerai yang menjual mi goreng yang terletak berhampiran gerai ayahnya.

“Saya hanya mula membantu ayah saya di gerai ini apabila abang saya meninggal dunia dan secara rasmi mengambil alih pada 2005,” tambahnya.

Bagaimanapun, mengambil alih gerai yang mula beroperasi pada 1973, bukanlah satu tugas mudah bagi Syed Abdul Rahman kerana tidak ramai pelanggan yang mengunjungi gerainya pada saat itu.

Untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, Syed Abdul Rahman bersama isterinya memutuskan untuk menjadikan hidangan itu lebih berperisa dan mantap.

Secara perlahan-lahan, perniagaan mula rancak dan ia mendapat lebih banyak tarikan dalam kalangan pelanggan.

Hidangan daging kambing rebus yang dihidangkan bersama roti itu, menggunakan campuran pelbagai rempah dan herba untuk mencapai rasa yang kompleks dengan penggunaan jintan manis, ketumbar dan kunyit.

Penggunaan bawang goreng dan daun ketumbar juga menambah kepada aroma wangian kepada sup kambing.

“Hidangan popular kami ialah sup kaki kambing, tetapi pelanggan kami juga menikmati semangkuk sup daging kambing campuran yang bernilai $15.

Sup kambing campur itu mempunyai daging kambing, rusuk, babat dan kaki.”

Pelanggan juga menggandingkan sup kambing dengan beriani daging kambing, ikan atau ayam yang diperkenalkan pada 2014 ke dalam menu mereka.







“Sesetengah pelanggan kami akan datang ke kedai kami dan membuat tempahan awal untuk majlis mereka. Ia sangat menggembirakan apabila melihat makanan kami masih digemari oleh setiap lapisan generasi ini,” tambahnya.

Bahrakath Mutton Soup merupakan salah satu daripada beberapa gerai yang beroperasi sehingga lewat tengah malam yang menjadikan tempat yang sesuai untuk pelanggan menjamu selera semasa makan malam.

Resipi di sebalik kejayaan gerai yang beroperasi selama 50 tahun itu adalah hasil sokongan anggota keluarga.

Pada hari biasa, Syed Abdul Rahman akan bermula seawal 8 pagi dengan menyediakan bahan-bahan dan memasak sup kambing yang mengambil masa tiga jam untuk direbus.

“Pada 10.30 pagi, isteri saya kemudian akan datang ke kedai untuk membantu membuat persiapan sebelum kedai kami dibuka pada 11 ​​pagi. Seterusnya, anak lelaki saya akan membantu kami,” tambahnya.

Sama seperti ayahnya, Syed Abdul Rahman mendedahkan anaknya mengendali kedai tersebut dan beliau harap anaknya akan mengambil alihnya satu hari nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >