Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarik pelanggan dengan sajian sejagat

Kafe All Things Delicious tawar roti ‘hot cross bun’ selain sajian asal Korea Selatan, Afrika Utara
Apr 19, 2025 | 5:30 AM
‘Pistachio Cranberry Hot Cross Buns’ dipenuhi pes pistasio Italy dan dihiasi kranberi.
‘Pistachio Cranberry Hot Cross Buns’ dipenuhi pes pistasio Italy dan dihiasi kranberi. - Foto ALL THINGS DELICIOUS

Terletak di kawasan Kampong Gelam, kafe All Things Delicious, merupakan destinasi pilihan ramai untuk menikmati sajian segar dan pencuci mulut yang memikat selera.

Diasaskan oleh Cik Dewi Imelda Wadhwa, kafe itu dikenali bukan sahaja kerana menunya yang unik, malah kerana komitmennya untuk menggunakan bahan semula jadi dan halal.

Menjelang hujung minggu ini, All Things Delicious, memperkenalkan pula pelbagai pilihan roti ‘hot cross buns’.

Sama ada anda gemarkan rasa klasik atau ingin mencuba sesuatu yang baru, terdapat pelbagai pilihan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara yang paling popular ialah, Pistachio Cranberry Hot Cross Buns, yang dipenuhi pes pistasio Italy dan dihiasi kranberi.

Untuk peminat rempah-ratus, Saffron & Cardamom Hot Cross Buns, menawarkan aroma harum kunyit dan buah pelaga yang pasti mengingatkan anda kepada masakan tradisional.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati juadah berat berasaskan daging kambing.

Antara pilihan yang menarik termasuk, Spicy Lamb Meatballs Pasta, Lamb Madras, yang berempah serta Classic Lamb Shepherd’s Pie, yang mengenyangkan.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih moden, Gochujang Beef Shepherd’s Pie, memberikan sentuhan Korea yang menarik kepada hidangan klasik ini.

Selain itu, antara hidangan kegemaran ramai yang turut mencuri tumpuan ialah, Shakshouka rebusan gaya Afrika Utara yang mengandungi lada benggala, tomato, rempah, telur rebus dan susu krim segar, dihidang bersama roti focaccia buatan tangan.

Hidangan lain yang digemari termasuk, Lemongrass Chicken Rice Bowl, yang mengandungi paha ayam beraroma, broccolini panggang, labu bakar dan acar betik muda di atas nasi perang-merah, diserikan lagi dengan sambal belacan bunga kantan.

Bagi pencuci mulut, Bread & Butter Pudding, yang klasik juga sering menjadi pilihan pelanggan tetap.

Alamat: 34 Arab Street, #01-01, Singapura 199733

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 10 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg