Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarikan ‘It Must Have Been Love’ sampai ke gunung Siberia

Nov 13, 2023 | 5:30 AM
DUO HEBAT: Per Gessle (kiri) dan Marie Fredriksson dari band Sweden, Roxette, asalnya menghasilkan lagu balada putus cinta pada musim Krismas atas saranan label rakaman EMI German tetapi mengubahnya sehingga menjadi lagu hit kegemaran ramai.
DUO HEBAT: Per Gessle (kiri) dan Marie Fredriksson dari band Sweden, Roxette, asalnya menghasilkan lagu balada putus cinta pada musim Krismas atas saranan label rakaman EMI German tetapi mengubahnya sehingga menjadi lagu hit kegemaran ramai. - Foto INSTAGRAM ROXETTE

It Must Have Been Love – balada putus cinta yang dihasilkan pemuzik band duo Roxette, Per Gessle, memang lagu yang lunak didengar beratus kali.

Yang menyeronokkan buat Gessle, 64 tahun, lagu itu didengar di mana-mana dalam pelbagai bahasa.

Salah satu versi yang akan dikenangnya sampai bila-bila adalah yang dibuat secara instrumental dengan petikan alat muzik tali Russia, balalaika, di pergunungan Siberia.

Kata Gessle kepada laman Songfacts:

“Walaupun liriknya sedih jika diamati, It Must Have Been Love, mempunyai rentak yang sedap didengar.

“Saya dan penyanyi Roxette, mendiang Marie Fredriksson, tidak perlu berlatih bagi membawakan lagu ini di khalayak ramai.

“Sama seperti lagu, Listen To Your Heart, ataupun The Look... sejurus membawakan irama lagu ini di hadapan 10,000 penonton, perasaannya memang luar biasa.”

Lagu ini asalnya berjudul, It Must Have Been Love (Christmas For The Broken Hearted), sebab ia dihasilkan pada musim perayaan Krismas.

“Kami tidak dapat buat lagu yang boleh dimainkan di radio serta-merta. Label rakaman EMI German mengusulkan kami buat lagu Krismas agar mudah diputar di radio.

“Kami bekerja keras tetapi tiada rezeki lagu itu diputar di stesen radio Jerman.

“Tapi kami tidak putus asa dan terus merakamnya lagi. Ia dijadikan runut bunyi filem pecah panggung Pretty Woman.

“Lagu ini langsung jadi siulan ramai dari serata dunia pada 1987,” jelas Gessle.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg