Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teh tarik pandan syok

Oct 28, 2023 | 5:30 AM
TEH TARIK PANDAN: Pemilik bersama Restoran Zamas, Encik Dhilip Kumar (kiri) dan Encik Aman Singh (kanan) telah membuka perniagaan di 429 River Valley Road yang kian popular dengan teh tarik pandan mereka yang istimewa.
TEH TARIK PANDAN: Pemilik bersama Restoran Zamas, Encik Dhilip Kumar (kiri) dan Encik Aman Singh (kanan) telah membuka perniagaan di 429 River Valley Road yang kian popular dengan teh tarik pandan mereka yang istimewa. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Bukan sebarang teh tarik tetapi teh tarik pandan satu!

Keistimewaan teh tarik pandan di Restoran Zamas di 429 River Valley Road sangat mantap dan padu.

View post on Instagram
 

Kunjungan Berita Harian (BH) ke Zamas untuk mencuba teh tarik pandan tidak menghampakan.

Apabila berdiri di depan kaunter membuat teh tarik itu, aroma pandan menyerlah dan amat harum.

Pemilik bersama restoran itu, Encik Dhilip Kumar, 59 tahun, berkongsi bersama BH bahawa beliau seorang penggemar teh.

“Saya memang sangat suka dengan teh. Satu kali tu, saya baca bahawa daun pandan ini banyak khasiatnya. Jadi saya fikir, mengapa tidak kami gabungkan teh tarik dan daun pandan,” kongsi Encik Dhilip.

Restoran Zamas itu dibuka pada 7 April 2018 dan teh tarik pandan hanya mula dijual pada akhir tahun itu, setelah enam bulan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

BERAROMA: Restoran Zamas di River Valley menjual sekitar 400 cawan teh tarik pandan sehari. Secawan teh tarik pandan panas berharga $3 dan versi ais pula $4.
BERAROMA: Restoran Zamas di River Valley menjual sekitar 400 cawan teh tarik pandan sehari. Secawan teh tarik pandan panas berharga $3 dan versi ais pula $4. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

“Sudah tentu daun pandan adalah antara bahan penting dalam minuman kami tetapi ia bukan sekadar meletakkan daun pandan sahaja.

“Kami tahu banyak tempat lain juga menjual teh pandan tetapi rasanya tidak sama dengan teh tarik pandan yang kami jual kerana kami ada sekitar 16 bahan rahsia yang boleh menyebabkan teh kami berkrim, berlemak dan tidak terlalu manis,” kata seorang lagi pemilik bersama, Encik Aman Singh, 35 tahun.

Kedua-dua pemilik bersama itu berkenalan sejak sedekad lalu apabila membuka syarikat pengurusan kredit bersama.

Tanpa pengalaman atau latar belakang dalam bidang makanan dan minuman (F&B), ini merupakan aspek perniagaan baru untuk mereka berdua ceburi.

Sejak permulaan perniagaan, Encik Aman dapat melihat permintaan yang semakin meningkat bagi teh.

Dalam sehari, Encik Aman berkata mereka boleh menjual sekurang-kurangnya 400 cawan teh pandan. Kini mereka juga menjual teh dalam kotak untuk memenuhi permintaan ramai.

Segelas teh tarik pandan berharga $3 manakala teh tarik pandan ais pula $4.

“Keutamaan kami adalah kepuasan pelanggan,” tambah Encik Dhilip, yang kemudian berkata setiap hari mereka menggunakan sekurang-kurangnya lima kilogram daun pandan untuk operasi sehari.

Restoran Zamas juga akan membuka satu lagi cawangan di kawasan Boat Quay menjelang pertengahan November 2023.

Alamat: 429 River Valley Road

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Laporan berkaitan
Siapa tak kenal Bhai Sarbat?Oct 27, 2023 | 6:16 PM
Teh tarik pandu lalu 24 jamOct 27, 2023 | 6:27 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg