Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau hujan basahi bumi, Krabi tetap di hati...

Jurugambar BM, Nur Diyana Taha, terpegun dengan pertunjukan api, pasar malam dan peraduan luncur air ‘skimboarding’
Aug 20, 2023 | 05:31 AM



NUR DIYANA TAHA


Sambil menyelam minum air.

Begitulah yang boleh saya katakan tentang percutian saya selama lima hari, empat malam ke Krabi, lewat Julai lalu. Apa tidaknya?

Sedang suami, Mohammad Haarifan Muhammad Nasir, yang merupakan pencinta sukan laut menyertai pertandingan skimboarding iaitu sejenis sukan papan luncur air di Pantai Ao Nang, saya menemaninya untuk memberi sokongan tetapi bertambah seronok meninjau tempat membeli-belah dan menjamu selera di bandar peranginan Thailand ini yang berhampiran dengan pantai Andaman.


Skimboarding adalah sukan di mana pesertanya perlu meluncur melintasi permukaan air untuk bertembung dengan ombak yang membelah pantai sebelum kembali mengemudi papan itu ke pantai jernih bak sinaran kristal.







Kunjungan kami ke Krabi tanpa ditemani tiga anak kecil kami yang dijaga kakak dan ibu bapa saya. Kami berterima kasih kepada mereka yang membantu menjaga anak-anak pada masa kami bercuti sambil berbulan madu untuk kali kedua. Kerana kesibukan tugas, jarang dapat masa untuk menikmati percutian bersama.

Mengapa kami pilih Krabi? Boleh dikatakan di sini mudah mendapatkan makanan halal khususnya di kawasan Pantai Ao Nang. Harga tiket penerbangan dan penginapan di pulau ini juga berpatutan.

Niat di hati ingin menjelajah tempat-tempat menarik di Krabi seperti kolam air galian terapi Emerald Pool dan beberapa gua di situ. Anda juga boleh menjelajah dari pulau ke pulau atau melakukan kegiatan ‘snorkeling (selam permukaan) di Krabi untuk menikmati pemandangan alam semesta.


Nak jenguk atau tunggang gajah di tempat perlindungan gajah atau Krabi Elephant Sanctuary yang menampung gajah yang sudah lelah daripada digunakan untuk kerja perlombongan dan sektor pelancongan pun boleh.

Malangnya, sewaktu kami pergi ke sana ketika musim hujan. Justeru, banyak kegiatan yang tidak dapat dilakukan kerana berbahaya.

Bagaimanapun, kami tetap seronok kerana dapat menaiki teksi Krabi yang tidak berhawa dingin dan lebih besar daripada tuk-tuk.

Suasana pasar malam Krabi juga meriah di samping peluang membeli-belah cenderahati di tempat yang kelihatannya seperti kedai-kedai di Geylang. Lempeng pisang bercampur Nutella turut menarik perhatian kami. Menyelerakan buat pencinta coklat seperti saya.







Pada waktu malam, Pantai Ao Nang kelihatan indah dan meriah bukan sahaja dengan kehadiran pelancong yang menjamu selera dan berpesta tetapi kerana adanya pertunjukan bebola api di tepian pantai. Setiap 10 malam, pantai yang tenang itu bertukar menjadi bak satu keramaian besar.







Percikan api yang muncul bak adegan filem fantasi menarik perhatian ramai yang seperti saya cepat-cepat mencapai kamera untuk rakam pemandangan yang cukup indah.

Krabi memang menarik hati. Tak perlu pergi jauh untuk rasakan suasana tepian pantai yang mendamaikan hati dan romantis untuk dijadikan destinasi bulan madu atau untuk percutian bersama keluarga tersayang.

Anda benar-benar rasa selesa di Krabi sebab 40 peratus penduduknya beragama Islam. Pastinya ada beberapa masjid indah untuk dikunjungi juga seperti Masjid Nurul Yanah Ban Khao Kho di Muang Krabi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >