Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yang mana satu Epok-Epok pilihan kalbu?

Jul 15, 2023 | 5:30 AM
EPOK-EPOK TERKENAL: Gerai #MakanBoleh yang dikendalikan Cik Muntiah Sahadat terkenal dengan epok-epok padat sebesar telapak tangan yang dijual pada harga $1.20 sekeping.
EPOK-EPOK TERKENAL: Gerai #MakanBoleh yang dikendalikan Cik Muntiah Sahadat terkenal dengan epok-epok padat sebesar telapak tangan yang dijual pada harga $1.20 sekeping. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
INTI LUMAYAN: Epok-epok sardin mempunyai keseimbangan rasa manis dan pedas.
INTI LUMAYAN: Epok-epok sardin mempunyai keseimbangan rasa manis dan pedas. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kedai epok-epok yang ikonik di Pusat Makanan Seah Im yang terkenal dengan isinya yang mewah dan padat mula beroperasi sejak 2016. Datang sahaja ke gerai #MakanBoleh.

Epok-epok sardin dan kentang memang murah hati dari segi isinya dengan setiap keping dibalut teliti dengan tangan.

View post on TikTok

“Dalam sehari, dianggarkan sebanyak 400 keping epok-epok dijual mulai 11 pagi dan akan habis dijual pada 2 petang,” kongsi pemiliknya, Cik Muntiah Sahadat.

Epok-epok bersaiz tapak tangan yang berharga $1.20 berbaloi dengan isi yang lumayan.

Pastri tebal mentega yang diisi dengan kentang atau sardin.

Epok-epok kentang diisi dengan ketulan kentang dan telur rebus sambil mengekalkan rasa kari yang enak.

Selain itu, epok-epok sardin di sini mempunyai isian manis yang seimbang. Ada sedikit rasa pedas dengan inti sardin yang padu dan memang puas hati.

Ramai pelanggan akan membuat tempahan awal dengan pemilik kedai terlebih dahulu kerana khuatir tiada lagi epok-epok yang tinggal apabila ke gerai itu.

Alamat: 2 Seah Im Road, #01-36, Pusat Makanan Seah Im, Singapura 099114

Waktu Operasi: 6 pagi hingga 9 malam, setiap Isnin hingga Sabtu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg