Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yang masa satu epok-epok idaman kalbu?

Jul 15, 2023 | 5:30 AM
GERAI SUDAH DITUTUP: Pemilik Jahlicious Epok-Epok, Cik Zainab Mohamad Dali, sudah tutup gerai di Pusat Makanan Golden Mile setahun lalu tetapi masih mendapat pesanan epok-epok.
GERAI SUDAH DITUTUP: Pemilik Jahlicious Epok-Epok, Cik Zainab Mohamad Dali, sudah tutup gerai di Pusat Makanan Golden Mile setahun lalu tetapi masih mendapat pesanan epok-epok. - Foto ihsan ZAINAB MOHAMAD DALI
RESIPI TURUN-TEMURUN: Epok-epok sardin antara yang paling digemari pelanggan dengan inti yang padat dan kulit yang rangup.
RESIPI TURUN-TEMURUN: Epok-epok sardin antara yang paling digemari pelanggan dengan inti yang padat dan kulit yang rangup. - Foto ZAINAB MOHAMAD DALI

Satu lagi gerai epok-epok yang digemari ramai, Jahlicious Epok-Epok, yang sebelum ini terletak di Pusat Makanan Golden Mile, telah tutup setahun lalu.

Di sebalik penutupan itu, ramai pelanggan mereka akan memesan epok-epok melalui Instagram dan Facebook.

“Antara maklum balas positif daripada pelanggan ialah epok-epok diisi dengan banyak dan tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti ais,” kongsi pemilik Jahlicious Epok-Epok, Cik Zainab Mohamad Dali.

Pelanggan setianya akan memesan beberapa bungkus epok-epok segera yang dibekukan dan berharga $1 sekeping.

View post on TikTok

Tiga perisa yang dijual termasuk epok-epok kentang, rendang dan sardin.

Doh epok-epok merupakan resipi turun temurun oleh keluarga Cik Zainab tetapi telah diubah suai isinya untuk menjadikannya lebih enak dan mantap.

Berbanding gerai lain, pelanggan turut berkongsi bahawa isi sardinnya tidak terlalu manis dan tidak berasa hanyir.

Selain epok-epok, Cik Zainab juga menjual pelbagai jenis kuih seperti kuih bakar dan kuih bakar lauk.

Untuk Pesanan: Instagram @Jahlicious.sg dan Facebook Jahlicious.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg