Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Bakal calon perlu kerja keras untuk penduduk lebih kenali mereka: Zaqy

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Bakal calon perlu kerja keras untuk penduduk lebih kenali mereka: Zaqy

Jun 27, 2020 | 12:00 AM



BAKAL calon baru yang akan bertanding dalam pilihan raya umum tahun ini akan perlu berusaha lebih gigih supaya penduduk dapat mengenali mereka dengan lebih baik, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy berkata situasi pandemik Covid-19 malangnya tidak membenarkan bakal calon berkempen dalam perhimpunan fizikal secara besar-besaran dalam pilihan raya kali ini.



Namun, beliau berkata pendekatan dalam masyarakat akan dipertingkatkan dalam beberapa hari mendatang ini supaya penduduk berpeluang mengenali mereka.



“Saya rasa dalam beberapa hari mendatang ini, anda mungkin akan lebih melihat kami dalam masyarakat. Namun, ia bukan soal tentang sama ada kami yang mereka caranya sebegini.



“Situasi Covid-19 telah membuatnya jadi begini, di mana malangnya, kami tidak dapat pergi ke perhimpunan dan memastikan penduduk mengenali mereka dengan lebih baik,” kata beliau ketika ditemui semasa satu lawatan mendekati penduduk di Blok 131 Marsiling Rise pada hari Jumaat (26 Jun).



Ini mungkin bermakna bakal calon juga akan perlu melakukan lebih banyak lawatan ke rumah penduduk dan memastikan mereka mendekati masyarakat dalam beberapa bulan mendatang, tambah Encik Zaqy.



Secara ideal, beliau berkata adalah baik untuk mengetengahkan bakal calon yang sudah pun berkhidmat dan bekerjasama dengan penduduk serta mengenali program yang ada dalam sesebuah kawasan itu.



Beliau menyebut tentang bakal calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim – dijangka menggantikan tempat beliau di GRC Chua Chu Kang dalam pilihan raya umum ini – yang sudah terlibat dalam kegiatan M Kuasa Tiga (M3) di Chua Chu Kang selama sekitar dua tahun, dan masyarakat dan anggota akar umbi di Keat Hong juga sudah mengenalinya.



“Ini satu cara yang baik di mana calon sudah terlibat dalam masyarakat untuk memahami masyarakat, telah bekerjasama dengan penduduk dan memahami program yang ada,” kata beliau.



Encik Zaqy, yang telah berkhidmat di kawasan Keat Hong sejak 2006, menjadi penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee pada 2017.



Beliau menggantikan Presiden Halimah Yacob selepas Puan Halimah mengundurkan diri menyusuli pengumumannya bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 2017.



Semasa lawatan bertemu penduduk di Marsiling Rise itu, Encik Zaqy mengongsi tentang rancangan lima tahun bagi memperbaharui Marsiling.



Ini termasuk membina Kelab Masyarakat (CC) Marsiling baru untuk menggantikan CC berusia 40 tahun itu di Admiralty Road dan menampilkan lebih banyak kemudahan moden, program dan kegiatan.



Demi membantu penduduk mendapatkan pekerjaan, Marsiling ComLink dengan kerjasama FastJobs akan meletakkan kios digital di dua pusat penjaja dan stesen MRT Marsiling pada Julai ini bagi penduduk mendapatkan maklumat tentang peluang pekerjaan dengan mudah.



Ditanya sama ada beliau akan bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee dalam pilihan raya umum akan datang, beliau hanya berkata "tunggu pada hari Ahad" apabila calon PAP bagi GRC itu akan diumumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >