Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Khutbah

Ikuti langkah Nabi menyumbang ke arah kebaikan

Oct 27, 2023 | 05:30 AM



“Wahai manusia, sebarkanlah kedamaian, berikanlah makan kepada yang memerlukan, dan lakukanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (HR Imam Tirmizi).


Khutbah pada Jumaat lalu menyentuh satu lagi nilai utama daripada hadis yang dibacakan iaitu nilai “memberi makan kepada mereka yang memerlukan” sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi saw.


Nilai “memberi makan” atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keprihatinan yang mendalam. Ia mendidik kita supaya saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.


Walaupun hadis tersebut menyebut “makan” sebagai salah satu keperluan asasi manusia, nilai menghulurkan bantuan juga mencakup keperluan-keperluan asasi lain.


Keperluan-keperluan asasi manusia seperti ini kadangkala tidak dapat disediakan dengan secukupnya tanpa sokongan dan bantuan orang lain.

Menurut khutbah, di sinilah peluang kita sebagai hamba Allah menghayati sifat Rahmah-Nya dengan membantu sesama insan, dan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah swt.


Firman Allah swt yang bermaksud: “Sekiranya kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu, maka ia adalah baik. Dan sekiranya kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 271).


Allah swt telah menetapkan agar setiap mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengongsikan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan. Sama ada dilakukan secara terang-terangan atau rahsia. Sumbangan kita itu pastinya akan menghasilkan kebaikan buat semua.


Masyarakat Singapura sememangnya terkenal dengan sifat kemurahan hati, rahmah dan keihsanan. Sifat dan akhlak seperti ini menjadi kebanggaan kita dan perlu diteruskan.

Sifat dan semangat memberi kepada yang memerlukan tentunya bukan hanya terbatas untuk memenuhi keperluan yang mendesak, malah ia juga bagi menangani isu-isu jangka panjang yang lebih luas seperti kemiskinan, asas pendidikan, ketidaksetaraan, dan sebagainya.

Atas semangat rahmah dan rasa prihatin beginilah, Allah swt memberikan jalan keluar kepada manusia untuk mengatasi dan berhadapan dengan permasalahan dan ujian yang dihadapi.


“Krisis kemanusiaan yang melanda bumi Palestin pada saat ini adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan amat menyayat hati. Saban hari, kita menyaksikan angka korban jiwa yang tidak berdosa meningkat dengan mendadak.

“Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa.

“Justeru, krisis dan tragedi ini perlu kepada penyelesaian, dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan,” jelas khutbah.

Menurutnya, penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan langkah-langkah yang membina lagi membangun. 

Dalam kita menyuarakan suatu pandangan, khutbah menasihatkan kita supaya memastikan setiap tutur kata dihiasi dengan keindahan akhlak kita.

Setiap tutur kata kita merupakan cerminan diri kita. Seorang Muslim tentunya tidak akan sanggup mencemar dirinya dengan kata-kata yang boleh membawa kepada kebencian dan permusuhan.

“Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam menyelesaikan segala bentuk konflik. Membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah perbuatan yang sangat mulia dan murni. Ia juga adalah cerminan daripada akhlak Nabi Muhammad saw,” tambah khutbah.


Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “memberi makan” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak jemaah menyumbang kepada ‘Tabung Rayuan Untuk Bantuan Kemanusiaan di Gaza’.


Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui laman sesawang Rahmatan Lil Alamin (RLAF) atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid.

Sumbangan sebegini, kata khutbah, adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah saw, dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini.


Bantuan kewangan, dokongan moral dan sokongan kerohanian kita – melalui doa, bacaan qunut nazilah, solat hajat dan lain-lain – kita harapkan akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa tragedi ini.

Semoga Allah swt memberi jalan penyelesaian yang menyeluruh kepada krisis ini, serta mengurniakan masyarakat Islam Singapura yang kita cintai, untuk terus berusaha menyebarkan kebaikan, kedamaian dan keihsanan dalam apa jua keadaan. Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >