Cef Fazley bawa cita rasa kampung ke The Landmark sempena puasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cef Fazley bawa cita rasa kampung ke The Landmark sempena puasa

Feb 6, 2026 | 1:59 PM

Cef Fazley bawa cita rasa kampung ke The Landmark sempena puasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
fazley yaakob, the landmark, buka puasa
Cef selebriti Malaysia, Cef Fazley Yaakob, duta terkini jenama The Landmark. - Foto AFZIAN ANUAR

Sempena Ramadan yang bakal menjelang, The Landmark memperkenalkan Bufet Ramadan Kampung Style, sebuah kolaborasi eksklusif bersama duta baru jenama The Landmark, Cef Fazley Yaakob.

Bufet itu akan ditawarkan kepada orang ramai dari 19 Februari hingga 20 Mac, khas buat keluarga, kalangan korporat serta masyarakat umum yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa ala kampung dalam suasana selesa dan moden.

Menampilkan lebih 40 hidangan, menu ini dikurasi sepenuhnya oleh Cef Fazley Yaakob, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai penyanyi popular Malaysia menerusi lagu hit, Asmara Ini.

“Ketika saya mula bergelar penyanyi dan sering berulang-alik ke Singapura, nama The Landmark sudah pun dikenali ramai.

“Perjalanan hidup saya berkembang daripada dunia muzik ke dunia kulinari dan hari ini, diberi peluang meghasilkan menu di The Landmark merupakan satu penghormatan besar,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau, yang juga pemenang, MasterChef Malaysia, turut berkongsi rasa syukur kerana terus mendapat sokongan peminat merentasi generasi, daripada golongan mak cik dan pak cik hingga ke generasi muda di Singapura.

Antara hidangan utama yang mencuri tumpuan ialah Nasi Ambeng, Rendang Tok, Asam Pedas Ikan, Ayam Percik, Daging Kalio, Pasembor dan Kambing Golek.

Bufet itu turut menampilkan live station, Salai Lemak Cili Api di mana hidangan dimasak langsung mengikut pesanan di hadapan pengunjung; beriani kambing, Mutton Dum Briyani; Nyonya Laksa; daging lembu, Wagyu Beef Carving; makanan laut, Seafood on Ice (eksklusif di cawangan The Landmark) serta pelbagai sajian tempatan, Barat dan India.

Cef Fazley Yaakob, berkata: “Nasi Ambeng mencerminkan usaha menghidupkan semula hidangan turun-temurun yang mengimbau kenangan makan bersama, manakala Salai Lemak Cili Api pula adalah hidangan signature saya yang mempamerkan keunikan masakan Negeri Sembilan.”

Pengalaman berbuka menjadi lebih menarik dengan Sweet Table pada harga $10++ seorang, menampilkan aksi penyediaan pencuci mulut di hadapan pengunjung.

Ia menggabungkan kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut Barat seperti makarun dan donat, diinspirasikan daripada perjalanan hidup beliau dari kampung di Negeri Sembilan hingga ke Paris untuk pengalaman kulinarinya.

Selain restoran The Landmark, bufet itu boleh dinikmati di Royal Palm, Orchid Country Club.

Bufet ‘1-untuk-1’ ditawarkan pada harga $94.90++ bagi makan malam pada hari biasa dan $102.90++ bagi hujung minggu serta cuti umum.

The Landmark, Village Hotel Bugis
Alamat: 390 Victoria St, #05-01 Poolside, Village Hotel Bugis, Singapura 188061
Waktu Operasi:
  • Isnin hingga Ahad, 12 tengah hari hingga 10 malam

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg