Topik diikuti
Pergi ke BHkuPermata ketengah juadah P. Pinang dengan mi sotong, asam laksa
Permata ketengah juadah P. Pinang dengan mi sotong, asam laksa
Permata ketengah juadah P. Pinang dengan mi sotong, asam laksa
Sepanjang Jun, restoran Permata mengundang pelanggan menikmati bufet bertema, Pulau Pinang.
Bufet itu menampilkan hidangan jalanan di George Town yang terkenal dengan makanan berempah, masam manis dan pedas.
Bertempat di Gedung Kuning yang terkenal sebagai bangunan warisan yang pernah didiami oleh kerabat diraja Johor, Permata menjadi ruang makan dan acara yang menampilkan kemewahan warisan Nusantara dengan sentuhan moden di bawah pimpinan cef selebriti Mel Dean.
Setiap sajian yang diketengahkan mencerminkan gabungan budaya Melayu, Cina dan Peranakan yang membentuk identiti Pulau Pinang.
Antara tarikan utama ialah laksa asam, Penang Asam Laksa, yang kuahnya berasaskan ikan dengan rasa masam asam jawa, serai, cili dan herba segar.
Pengunjung boleh menambah timun, nanas, bawang dan pudina mengikut cita rasa.
Hidangan kuetiau, Penang Char Kway Teow pula terkenal dengan ‘wok hei’, aroma asap dari kuali panas, digoreng bersama udang, telur, tauge dan kucai.
Hidangan Mi Sotong Penang pula diinspirasikan daripada Hameed Pata Mee Sotong di George Town.
Hidangan ini menggunakan mi kuning yang disalut sos manis pedas berasaskan asam jawa dan sambal.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pasembur atau rojak Penang dengan sayur segar, tauhu dan cucur rangup yang disiram kuah kacang yang manis dan pedas.
Bagi hidangan nasi kandar pula, Cef Mel Dean mengetengahkan nasi yang disajikan bersama ayam goreng bawang, daging hitam berempah, kari ikan, kari telur dan sayur-sayuran berempah.
Kuah kari pekat yang dituangkan di atas nasi melengkapkan pengalaman sebenar nasi kandar.
Bufet ini turut menampilkan Nyonya Chang, makanan laut segar, ‘grill station’, serta pelbagai pencuci mulut tradisional.
Dari segi harga, terdapat promosi bufet 1-untuk-1 bagi orang dewasa, iaitu $88++ untuk dua orang bagi makan tengah hari, berbanding harga asal $88++ seorang, dan $108++ untuk dua orang bagi makan malam, berbanding harga asal $108++ seorang.
Selain itu, terdapat juga harga yang lebih mampu milik bagi warga emas daripada $38++, anak muda daripada $28++, kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun daripada $18++, manakala kanak-kanak bawah tujuh tahun makan percuma.
Permata
Alamat: 73 Sultan Gate, Singapura 198497Isnin hingga Jumaat dan Ahad, 12 petang hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 9.30 petang
Sabtu, 12 petang hingga 2.30 petang, 5 petang hingga 7 malam dan 7.30 malam hingga 9.30 malam
