Paris Baguette peroleh sijil halal, disokong hab makanan halal di Johor
Paris Baguette peroleh sijil halal, disokong hab makanan halal di Johor
Jenama kafe bakeri terkenal Korea Selatan, Paris Baguette, berjaya memperoleh pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi semua cawangannya di Singapura baru-baru ini.
Langkah ini disokong oleh penubuhan pembukaan hab makanan halal serantau pertamanya secara rasmi di Taman Teknologi Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Februari tahun lalu.
Kemudahan ini akan mengukuhkan peranan Johor dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai pusat pengeluaran serta pengedaran serantau utama kumpulan tersebut.
“Pensijilan ini satu pencapaian bermakna buat jenama Paris Baguette di Singapura, yang terkenal sebagai masyarakat berbilang budaya.
“Langkah menjadi halal mencerminkan komitmen teras jenama terhadap keterangkuman dan hubungan erat dengan masyarakat di sini,” kata ketua pegawai eksekutif Paris Baguette bagi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMEA), Cik Hana Lee dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini.
Dengan ini, para pelanggan, khususnya masyarakat Islam, boleh menikmati rangkaian roti artisan, pastri, kek dan sajian kafe dengan penuh keyakinan dan ketenangan.
Paris Baguette
Alamat: 2 Orchard Turn, B1 - 15B ION Orchard, Singapura 238801Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 10 malam

