Tim Hortons terima sijil halal Muis
Tiga tahun selepas membuka cawangan pertamanya di VivoCity pada 2023, Tim Hortons Singapura kini secara rasmi menerima pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi kesemua 17 restorannya di seluruh Singapura.
Ini diumumkan dalam kenyataan media syarikat tersebut pada 23 Februari.
Dengan pensijilan ini, keseluruhan menu Tim Hortons kini boleh dinikmati masyarakat Islam, sekali gus membuka lembaran baru buat jenama kopi ikonik dari Canada itu dalam landskap makanan dan minuman (F&B) tempatan.
Antara yang menjadi tarikan ialah pilihan sandwic panggang istimewa seperti Pesto Chicken dan Montreal Beef Pastrami, sesuai dijadikan hidangan mengenyangkan ketika berbuka puasa.
Bagi yang ingin meraikan suasana perayaan, Timbits, iaitu donut kecil, dan kotak donut pelbagai perisa pula tampil sebagai sajian manisan yang mudah dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan ketika kunjung-mengunjung.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kopi Arabica premium, termasuk Maple Cinnamon Latte dan Montreal Latte.
Tim Hortons
Alamat: 1 HarbourFront Walk, #01-207 VivoCity, Singapura 098585Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 10 malam

