Persahabatan mekar dari Tanah Suci ke gerai Fiha di bazar Kg Gelam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persahabatan mekar dari Tanah Suci ke gerai Fiha di bazar Kg Gelam

Saji beraneka pencuci mulut, aiskrim air mawar di Madinah cetus inspirasi
Feb 20, 2026 | 1:05 PM

Persahabatan mekar dari Tanah Suci ke gerai Fiha di bazar Kg Gelam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Fiha, bazar kampong gelam, intan armelia, linda isham, rose water
Cik Intan Armelia Mohamed Ali (kiri) dan Cik Norazlinda Isham, mendapat inspirasi daripada pengalaman mereka ke Tanah Suci pada November 2025 dan menubuhkan gerai Fiha di bazar Kampong Gelam pada Ramadan 2026. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Persahabatan yang terjalin sejak lebih sedekad lalu semakin mekar ketika Cik Norazlinda Isham, atau lebih dikenali sebagai Linda Isham, bersama rakannya, Cik Intan Armelia Mohamed Ali, menunaikan umrah pada November 2025.

Dari situlah tercetusnya idea untuk membawa pengalaman manis itu ke Singapura melalui jenama, Fiha yang mengambil inspirasi dari kota Madinah.

“Setiap kali selepas solat di Madinah, kami duduk dan berbual. Persahabatan kami semakin mekar,” jelas Cik Linda yang merupakan seorang pempengaruh dan pengulas makanan di Instagram.

Kisah mereka bermula dengan aiskrim jenis soft serve berperisa mawar yang tular berhampiran hotel mereka. Selepas Isyak, mereka mencuba satu pesanan.

“Pengalaman itu sangat menyenangkan. Mereka menyembur air mawar dan menabur kelopak bunga mawar. Kami rasa sangat istimewa,” imbaunya.

Dari situ, idea Fiha mula tercetus, menggabungkan ciri keseronokan, estetik bunga dan rasa dalam satu gerai.

“Di Madinah, aiskrim itu sederhana sahaja. Namun, kami mahu menyesuaikannya untuk masyarakat di Singapura.

“Cuaca panas membuatkan aiskrim jenis soft serve cepat cair, jadi kami tukar kepada gelato yang lebih stabil dan sesuai dipadankan dengan pastri Perancis,” jelas Cik Armelia, yang pernah berkecimpung dalam dunia makanan dan minuman (F&B) dan mempunyai latar belakang dalam bidang pemasaran.

Dengan kepakaran dalam bidang tersebut, Cik Armelia percaya pengalaman pelanggan ialah nadi utama perniagaan Fiha.

Mereka membuat soal selidik di media sosial untuk mengenal pasti perisa gelato yang popular, termasuk pistasio dan vanilla bean, serta memperkenalkan enam perisa yang akan ditukar setiap minggu.

Pelanggan di Fiha dapat rasai satu pengalaman deria.

Pelanggan memilih gelato dari depan, kemudian bergerak ke sisi gerai untuk menikmati semburan air mawar atau rose mist lengkap dengan kelopak bunga sebelum menerima pesanan mereka.

Terdapat juga reruai foto untuk merakam detik manis itu.

“Kami percaya pengalaman ini sangat istimewa.

“Bukan tentang keuntungan yang tinggi, tetapi kami mahu pelanggan datang kembali,” kata Cik Armelia yang memberi tumpuan kepada mutu bahan yang digunakan.

Cik Linda pula menekankan cabaran mengimbangi masa bersama keluarga dan perniagaan.

“Saya ibu kepada dua anak dan Armelia ibu kepada lima anak. Kami bergilir-gilir jaga gerai sambil menjaga anak-anak.

“Sangat menyentuh hati apabila melihat anak-anak kami terlibat dalam membuat rose mist,” katanya.

Kerjasama mereka dengan jenama Captain Roti menambah sentuhan mewah kepada pastri yang disediakan.

Kouign Amann, Honey Butter Croissant dan Brioche dihasilkan secara teliti melalui proses yang mengambil beberapa hari, menggunakan bahan halal premium dan dihasilkan dalam jumlah kecil bagi mengekalkan mutu dan ketekalan.

Harga Crisp & Cream yang menggabungkan gelato dan pastri bermula daripada $15 hingga $18; manakala gelato Signature single scoop $6; Premium single scoop $7; Signature double scoop $10; dan Premium double scoop $11.

Terdapat juga fruit popsicles iaitu aiskrim potong buah-buahan yang berharga $7.

Bagi Cik Linda dan Cik Armelia, Fiha bukan sekadar satu perniagaan, bahkan cerminan persahabatan dan kreativiti yang mereka bina bersama.

“Kami mahu pelanggan bukan hanya menikmati gelato itu, tetapi merasai pengalaman dan kasih sayang yang kami masukkan ke dalam setiap hidangan,” tambah Cik Linda.

Fiha
Alamat: Bazar Gemilang Kampong Gelam, Kandahar Street, Gerai K1B
Waktu Operasi:
  • 4 petang hingga habis dijual

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg