Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, orang ramai bukan sahaja boleh melihat bangunan dihiasi dengan warna merah putih atau mendengar lagu patriotik berkumandang.

Bahkan, restoran dan pengusaha makanan tempatan turut mengambil peluang meraikan bulan istimewa ini dengan cara yang paling dekat di hati rakyat Singapura, iaitu melalui makanan.

Pada 2026, beberapa jenama perniagaan makanan dan minuman (F&B) tempatan tampil dengan sajian edisi terhad yang mengangkat kepelbagaian budaya serta identiti makanan negara.

Mahmud’s Tandoor

Dengan cogan kata, ‘Baris! Sedia!’, Mahmud’s Tandoor memperkenalkan menu khas bertema kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan yang boleh dinikmati hingga penghujung Ogos.

Restoran yang terletak di Kampong Gelam milik pasangan suami isteri, Encik Siraj Aziz, dan Cik Nasyirah Parveen – terkenal dengan burger ayam tanduri memperkenalkan beberapa hidangan baharu seperti Popiahdoori dan Wantondoori.

Popiahdoori diisi ayam tanduri, edamame, bawang, daun ketumbar, harissa mayo, serta keju mozarela, manakala Wantondoori pula menampilkan inti ayam tanduri diperap dengan rempah khas.

Bagi mereka yang datang berkumpulan, NDP Crunchy Contingent Platter, berharga $30, menawarkan 10 Popiahdoori dan 10 Wantondoori bersama sos istimewa.

Pilihan SMC Combo pula berharga $49, lengkap dengan enam sliders atau burger kecil pelbagai pilihan; lapan Popiahdoori; dan lapan Wantondoori; manakala GRC Combo pada harga $79 menyajikan 12 sliders; 10 Popiahdoori; dan 10 Wantondoori; untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Permata

Permata menampilkan bufet, ‘Flavours of the Lion City’, dengan pelbagai hidangan disediakan oleh Cef Mel Dean, yang menampilkan budaya dan makanan Singapura yang pelbagai.
Permata menampilkan bufet, ‘Flavours of the Lion City’, dengan pelbagai hidangan disediakan oleh Cef Mel Dean, yang menampilkan budaya dan makanan Singapura yang pelbagai. - Foto PERMATA
‘Otak-Otak Casserole’ mengubah snek tempatan kegemaran yang dibalut daun pisang dan dipanggang itu menjadi hidangan kaserol bakar. Ia menampilkan lapisan adunan ikan serta kentang lecek.
‘Otak-Otak Casserole’ mengubah snek tempatan kegemaran yang dibalut daun pisang dan dipanggang itu menjadi hidangan kaserol bakar. Ia menampilkan lapisan adunan ikan serta kentang lecek. - Foto PERMATA
Hidangan ‘Martabak Chicken Frittata’, mendapat ilham daripada martabak Singapura yang terkenal di Arab Street serta keunikan ‘frittata’ sejenis hidangan berasaskan telur menyerupai telur dadar atau ‘quiche’ tanpa kerak pastri dari Italy. Hidangan telur yang gebu ini dibakar bersama ayam berempah bawang, dan herba aromatik, sekali gus menyajikan rasa yang memuaskan, tekstur yang kaya, serta keseimbangan yang menarik antara nostalgia dengan inovasi.
Hidangan ‘Martabak Chicken Frittata’, mendapat ilham daripada martabak Singapura yang terkenal di Arab Street serta keunikan ‘frittata’ sejenis hidangan berasaskan telur menyerupai telur dadar atau ‘quiche’ tanpa kerak pastri dari Italy. Hidangan telur yang gebu ini dibakar bersama ayam berempah bawang, dan herba aromatik, sekali gus menyajikan rasa yang memuaskan, tekstur yang kaya, serta keseimbangan yang menarik antara nostalgia dengan inovasi. - Foto PERMATA

Jika ingin menikmati pelbagai cita rasa Singapura dalam satu hidangan, bufet Flavours of the Lion City di Permata mungkin pilihan yang tepat.

Berlangsung hingga 31 Ogos, bufet ini mengetengahkan lebih 50 sajian yang diinspirasikan daripada warisan Melayu, Cina, India, Peranakan dan Serani serta pengaruh Indonesia dan Malaysia.

Antara tarikan utamanya ialah stesen Warisan Singapura Nasi Lemak yang lengkap dengan ayam goreng berempah, rendang daging, sambal paru berlado, ikan bilis petai dan pelbagai lauk tradisional.

Turut disediakan ialah nasi ayam Singapura, Ayam Buah Keluak Nyonya Chang, stesen DIY Laksa Nyonya dan Mee Siam Mamak, selain hidangan kreatif seperti Butter Chicken Masala Risotto, Otak-Otak Casserole dan Martabak Chicken Frittata.

Bufet ini mula dari $44++ untuk seorang dewasa pada makan tengah hari dan $54++ pada waktu makan malam dengan promosi 1-untuk-1.

The Smok Hous

The Smok Hous yang juga antara jenama terkenal bersama ASAP & Co, menampilkan daging yang dimasak dengan cara salai yang terkenal.
The Smok Hous yang juga antara jenama terkenal bersama ASAP & Co, menampilkan daging yang dimasak dengan cara salai yang terkenal. -
Grillfest di Sentosa berlangsung hingga 16 Ogos. Pelanggan dapat menikmati ‘Wagyu Brisket’, ‘Belly Burnt Ends’, ‘Buffalo Wings’, ‘Chicken Chorizo’ dan ‘XXXL Smoked Potato’  sambil menyambut Hari Kebangsaan pada hari minggu ini.
Grillfest di Sentosa berlangsung hingga 16 Ogos. Pelanggan dapat menikmati ‘Wagyu Brisket’, ‘Belly Burnt Ends’, ‘Buffalo Wings’, ‘Chicken Chorizo’ dan ‘XXXL Smoked Potato’ sambil menyambut Hari Kebangsaan pada hari minggu ini. - Foto SMOK HOUS

Bagi penggemar makanan salai, The Smok Hous, antara gerai yang mencuri perhatian di Sentosa GrillFest pada 2026.

Diterajui Encik Isrudy Shaik, yang sebelum ini mengusahakan ASAP & Co., jenama itu mengetengahkan teknik salai menggunakan kayu ceri dan oak sebelum daging disalut dengan sos khas serta dikaramelkan bagi menghasilkan rasa yang lebih mendalam.

Menu mereka merangkumi Wagyu Brisket, $19; Belly Burnt Ends, $18; Buffalo Wings, $10; Chicken Chorizo, $7; dan XXXL Smoked Potato, $8.

Bagi mereka yang ingin rasai pelbagai hidangan sekali gus, The Smok Hous Platter, $49 menawarkan gabungan wagyu brisket, burnt ends, sosej chorizo ayam, dinner rolls, coleslaw, jalapeno dan sos barbeku dalam satu hidangan.

Pakistani Dum Biryani SG

Pasangan suami isteri, Cik Yusnita Yusuff, dari Singapura dan Encik Muhammad Rizwan Muhammad Moeen Tabassum, yang berasal dari Pakistan, merupakan pemilik gerai Pakistani Dum Biryani SG di Pusat Makanan Maxwell.
Pasangan suami isteri, Cik Yusnita Yusuff, dari Singapura dan Encik Muhammad Rizwan Muhammad Moeen Tabassum, yang berasal dari Pakistan, merupakan pemilik gerai Pakistani Dum Biryani SG di Pusat Makanan Maxwell. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Sempena Hari Kebangsaan Pakistani Dum Biryani menampilkan promosi khas merangkumi tiga paha ayam, dua ‘lamb shank’, gabungan nasi dum beriani dan ‘pulao’, serta dihidangkan bersama dal, ‘raita’ dan ‘chutney‘ hijau untuk $61.
Sempena Hari Kebangsaan Pakistani Dum Biryani menampilkan promosi khas merangkumi tiga paha ayam, dua ‘lamb shank’, gabungan nasi dum beriani dan ‘pulao’, serta dihidangkan bersama dal, ‘raita’ dan ‘chutney‘ hijau untuk $61. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Di Pusat Makanan Maxwell, Pakistani Dum Biryani SG terus menarik pelanggan dengan pendekatan tradisional dalam menyediakan beriani.

Sempena Hari Kebangsaan, restoran itu turut menawarkan promosi khas pada harga $61 dari 9 hingga 14 Ogos yang sesuai untuk hingga enam orang.

Set tersebut merangkumi tiga paha ayam, dua lamb shank premium, gabungan nasi dum beriani dan pulao, serta dihidangkan bersama dal, raita dan chutney hijau.

Nasi pulao, sejenis nasi berperisa ringan dari Afghanistan dan Iran.

Blue Tiffin

Cef Muhammad Imran San yang juga dikenali sebagai ‘Pasta Nerd’ menampilkan sajian khas di bufet Blue Tiffin sempena Hari Kebangsaan.
Cef Muhammad Imran San yang juga dikenali sebagai ‘Pasta Nerd’ menampilkan sajian khas di bufet Blue Tiffin sempena Hari Kebangsaan. - Foto BLUE TIFFIN
Antara hidangan istimewanya ialah Rendang Lasagna yang menggabungkan ramuan tempatan dengan teknik pasta Italy.
Antara hidangan istimewanya ialah Rendang Lasagna yang menggabungkan ramuan tempatan dengan teknik pasta Italy. - Foto BLUE TIFFIN

Blue Tiffin berganding bahu dengan Cef Muhammad Imran San, imemperkenalkan bufet makan malam sempena Hari Kebangsaan yang menggabungkan teknik masakan Italy dengan cita rasa tempatan.

Ditawarkan setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang Ogos dari 6 petang hingga 9.30 malam, bufet ini berharga $68++ seorang dengan promosi 1-untuk-1, manakala kanak-kanak menikmati harga $34++.

Selain hidangan tempatan seperti Laksa Singapura, Satay, Pari Sambal dan Ketam Cili, pelanggan juga boleh menikmati stesen pasta secara langsung oleh Cef Imran yang terkenal dengan karyanya menghasilkan pasta sebagai seni buatan tangan.

Sempena hujung minggu Hari Kebangsaan, antara menu istimewanya ialah Rendang Lasagna dan Shrimp Cappelletti in Lemak Daun Kunyit yang menggabungkan ramuan tempatan dengan teknik pasta Italy.

Jinjja Chicken x Rumah Makan Minang

Pengarah Urusan, Jinjja Chicken, dan Jinjja Kitchen, Encik Bernard Tay, bersama pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang, Encik Muhamad Hazmi Mohamad Zin, berganding bahu bagi melancarkan menu khas sempena Hari Kebangsaan.
Pengarah Urusan, Jinjja Chicken, dan Jinjja Kitchen, Encik Bernard Tay, bersama pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang, Encik Muhamad Hazmi Mohamad Zin, berganding bahu bagi melancarkan menu khas sempena Hari Kebangsaan. - Foto ihsan JINJJA CHICKEN
Hidangan ‘Rendang Bulgogi Beef Loaded Fries’, $6.90 (dari kiri, ikut putaran jam); ‘Jinjja K-Boneless Chicken with Belado’ berharga $9.90; dan ‘Belado K-Boneless Chicken with Coconut Rice’ untuk $10.90’ menyatukan hidangan yang menampilkan kepakaran Jinjja Chicken dan Rumah Makan Minang.
Hidangan ‘Rendang Bulgogi Beef Loaded Fries’, $6.90 (dari kiri, ikut putaran jam); ‘Jinjja K-Boneless Chicken with Belado’ berharga $9.90; dan ‘Belado K-Boneless Chicken with Coconut Rice’ untuk $10.90’ menyatukan hidangan yang menampilkan kepakaran Jinjja Chicken dan Rumah Makan Minang. - Foto JINJJA CHICKEN

Hari Kebangsaan 2026 turut menyaksikan kerjasama dua jenama tempatan, Rumah Makan Minang dan Jinjja Chicken, yang menggabungkan dua budaya dalam satu hidangan.

Mulai 5 Ogos, pelanggan boleh menikmati Jinjja K-Boneless Chicken with Belado pada harga $9.90, ayam rangup tanpa tulang yang disaluti sambal belado istimewa Rumah Makan Minang dengan sentuhan pedas ala Korea.

Turut diperkenalkan ialah Rendang Bulgogi Beef Loaded Fries, $6.90, yang menggabungkan daging bulgogi bersama kuah rendang Minang di atas kentang goreng rangup, manakala mereka yang inginkan hidangan lebih mengenyangkan boleh memilih Belado K-Boneless Chicken with Coconut Rice pada harga $10.90.

Menurut kedua-dua jenama, kerjasama itu lahir daripada kepercayaan bahawa makanan mampu menyatukan masyarakat serta menunjukkan bagaimana cita rasa berbeza boleh bergabung menghasilkan sesuatu yang baharu tanpa menghilangkan identiti asal masing-masing.