Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Bengkak pada leher, batuk darah rupanya tanda awal barah hidung

Aug 07, 2023 | 06:00 AM



Encik Hairi (nama samaran) pada mulanya rasa sakit dengan lehernya bengkak.

Beliau sangkakan ia hanyalah tiroid atau ketumbuhan biasa seperti beguk.

Dalam masa yang sama, apabila batuk, Encik Hairi sering mengesan kesan darah.

Namun apabila beliau mengesan batuk dengan ketulan darah sebesar duit siling 10 sen, beliau mula berasa bimbang.

Apatah lagi pendengaran di telinga kirinya seperti tersekat selama beberapa bulan.

Beliau terus membuat keputusan segera untuk berjumpa doktor dan menjalani imbasan x-ray.

Namun, tiada tanda barah yang dikesan.

Encik Hairi lalu dirujuk kepada pakar pemeriksaan doktor telinga, hidung dan tekak (ENT).

Setelah doktor mengambil darah dan melakukan endoskopi hidung dan biopsi, serta menjalani imbasan tomografi dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) seterusnya, beliau didapati menghidap barah hidung peringkat awal.

Beliau diberitahu perlu melalui enam sesi kemoterapi dan 30 sesi radioterapi beberapa hari sebelum Hari Raya pada 2018.

Menyentuh tentang pengalaman pesakit barah hidung dari segi kesihatan mental, beliau tidak menafikan mentalnya sangat terganggu ketika menjalani rawatan.

Berat badannya menyusut daripada 70 kilogram ke 47 kilogram dalam masa yang sangat singkat

Dalam dua minggu pertama kemoterapi, beliau tidak mengalami kesan sampingan yang serius.

Namun, selepas menjalani radioterapi, berat badannya turun dengan cepat.

“Tekak saya tidak dapat menerima makanan. Rasanya seperti menelan kaca. Pada masa itu, saya hanya dapat mengambil sekeping yogurt sehari,” katanya mengenang pengalamannya sebagai pesakit kanser.

Kekuatan untuk melawan barah ini datang dari sokongan teguh isterinya. Pada masa yang sama, beliau bergantung pada iman dan doa.

“Apabila diuji, kita menjadi lebih dekat dengan Allah. Semasa rawatan barah, saya menyerah dan menerima ketentuannya. Tetapi jika ditakdirkan saya sembuh, maka sembuhkanlah saya. Itulah doa harian saya.”

Beliau turut menasihati pesakit yang lain agar tidak mudah berputus asa dan menggalakkan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Faktor Risiko

Risiko Genetik: Insiden yang tinggi di kalangan kaum Cina, boleh berlaku pada kaum Melayu, tetapi sangat jarang berlaku pada kaum India

Diet: Pengambilan dengan kadar yang banyak makanan-makanan berjeruk dan masin (seperti ikan, telur atau daging) dari umur yang muda

Jangkitan oleh kuman Virus: Ebstein Barr Virus (EBV)

Pekerjaan: Banyak terdedah kepada asap dan habuk

Pengambilan alkohol yang berlebihan

Pesakit mungkin alami salah satu atau lebih tanda berikut:

Hidung berdarah

Hidung tersumbat

Hidung berair

Kurang pendengaran (selalunya sebelah telinga sahaja)

Bunyi dengung didalam telinga (tinitus)

Telinga tersumbat

Bengkak di leher

Sakit kepala

Penglihatan menjadi dua (penglihatan ganda) – Diplopia

Kebas di bahagian muka

Kesukaran buka mulut

Kelopak mata atas tertutup

Suara jadi serak

Mungkin tiada tanda-tanda di peringkat yang sangat awal

Sekiranya terdapat tanda seperti di atas sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut

Pemeriksaan oleh doktor menunjukkan:

Pembesaran kelenjar leher/bengkak di leher

Pemeriksaan telinga

Gegendang telinga tidak normal

Hilang pendengaran konduktif

Pemeriksaan saraf menunjukkan:

Saraf kranial yang lumpuh ( bermakna tahap yang teruk)

Kebas di bahagian muka

Pencegahan


Elakkan daripada makan makanan yang berjeruk, masin seperti ikan, telur atau daging masin dalam kuantiti yang banyak

Perlindungan yang betul dari tersedut asap/debu pada mereka yang bekerja di industri yang berkenaan

Vaksin untuk jangkitan EBV (masih didalam peringkat percubaan)

Berhenti merokok

Berhenti dari pengambilan alkohol




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >