Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Gejala dan cara cegah konjunktivitis (mata merah)

Jun 19, 2023 | 09:22 AM



Konjunktivitis, yang juga dikenali sebagai mata merah, merupakan penyakit yang kerap berlaku dan disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, atau alahan.

Ia melibatkan keradangan pada lapisan lutsinar yang melindungi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata, yang disebut sebagai konjunktiva.

Terdapat beberapa tanda dan gejala yang berkaitan dengan konjunktivitis.

Gejala dan tanda-tanda konjunktivitis bergantung kepada faktor penyebabnya dan semua jenis konjunktivitis tidak memberi kesan kepada penglihatan

Gejala konjunktivitis disebabkan bakteria:

+ Mata akan jadi merah.
+ Keluar tahi mata yang pekat atau berwarna kuning putih.
+ Kelopak mata melekat, terutama ketika seseorang terbangun dari tidur.
+ Biasanya, gejala ini bermula pada satu mata dan kemudian menular ke mata yang lain.
+ Keadaan ini akan berlarutan selama kira-kira seminggu.

Rawatan biasanya melibatkan penggunaan titisan mata atau salap mata yang mengandungi antibiotik. Membersihkan mata dengan kerap dan perlahan juga dapat membantu dalam proses pemulihan.

Gejala konjunktivitis disebabkan virus:

Mata akan jadi merah.
Keluar air mata yang banyak.
Biasanya, gejala ini bermula pada satu mata dan boleh menular ke mata yang lain.
Keadaan ini berlarutan selama kira-kira dua minggu atau lebih.

Tidak memerlukan rawatan khusus. Membersihkan mata dengan kerap dan perlahan juga dapat membantu dalam proses pemulihan. Kadang-kadang, titisan mata antibiotik mungkin diberikan bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

Gejala konjunktivitis disebabkan alahan:

Mata akan jadi merah.
Terdapat rasa gatal pada mata, dan dalam beberapa kes, gatal pada hidung jika berkaitan dengan alahan hidung (allergic rhinitis).
Lendir keluar dari mata.
Mata sentiasa berair.
Kedua-dua mata akan mengalami ketidakselesaan pada masa yang sama.
Keadaan ini boleh berlanjutan dalam tempoh yang lama.

Tidak memerlukan rawatan khusus. Membersihkan mata dengan kerap dan perlahan juga dapat membantu dalam proses pemulihan. Kadang-kadang, titisan mata antibiotik mungkin diberikan bagi mengelak jangkitan bakteria.

Langkah pencegahan

Konjunktivitis adalah keadaan yang kerap berlaku, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan golongan yang tinggal dalam persekitaran yang sesak. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah pencegahan yang sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan dan menjaga kesihatan mata.

Jika anda mengalami tanda-tanda konjunktivitis atau ada anggota keluarga yang menghidap penyakit ini, adalah disyorkan agar temui doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan sesuai. Doktor akan memberikan nasihat dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat konjunktivitis secara berkesan.

Dengan penjagaan yang betul dan kesedaran tentang tanda-tanda awal konjunktivitis, kita dapat menjaga kesihatan mata di samping mencegah ia daripada menjangkiti orang lain.

Cara jaga kesihatan mata ketika jalani haji atau umrah

Bersihkan atau sapu mata dengan air suam.
Hindari penggunaan kanta lekap selama gejala konjunktivitis masih ada.

Untuk mengelakkan penularan jangkitan, berikut beberapa langkah yang boleh diambil:

Elak sentuh mata yang dijangkiti.
Cuci tangan secara kerap, terutama setelah sentuh mata.
Hindari tempat sesak, usah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak jika mata anak masih merah atau berair.
Usah kongsi tuala muka, kosmetik atau titisan mata dengan orang lain.

Dengan mengambil langkah yang sesuai, kita dapat menjaga kesihatan mata ketika menjalani ibadah haji atau umrah dan mengurangkan risiko konjunktivitis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >