Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

CITRA WANITA

Perlukah anda guna krim kulit mata?

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



KRIM mata telah lama dianggap penting oleh syarikat penjagaan kulit. Produk kulit mata hari ini dikatakan menawarkan pelbagai janji daripada boleh menghilangkan lingkaran hitam mata, garis halus di sekeliling kawasan mata hingga mengurangkan bengkak di bawah mata.

Namun, benarkah menyapu krim yang mahal di sekeliling mata pada setiap malam berkesan? Adakah krim kulit mata satu gimik pemasaran atau patutkah anda memberi perhatian lain kepada kawasan mata dalam aspek penjagaan kulit anda?

Seorang konsultan di The Dermatology Practice, Dr Paul Chia, kata ia bergantung pada rumusan produk.

Beliau menjelaskan bahawa kulit di sekeliling mata lebih tipis dan halus berbanding kulit muka.

Walaupun pelembap muka biasanya berkesan, ada pelembap mungkin terlalu pekat dan mengandungi bahan yang boleh merengsakan kawasan mata, seperti asid salisilik, phenoxyethanol atau paraben, menurut Dr Chia.


Justeru, krim mata dianggap sebagai “pelembap elegan”, menurut beberapa pakar dermatologi, dengan rumusan yang kurang merengsakan kulit.

Perubahan gaya hidup tertentu juga boleh membantu memperbaiki penampilan kulit di sekeliling kawasan mata.

“Tidur yang mencukupi, mengawal tekanan, mengamalkan diet sihat dan seimbang yang kaya dengan antioksidan dan vitamin, tidak menghisap rokok dan mengurangkan garam dalam hidangan boleh membantu,” kata Dr Chia.

Selanjutnya adalah perkara lain yang anda harus tahu tentang krim mata.

Mula awal


Kata Dr Chia: “Anda seharusnya mula menggunakan krim mata seawal usia 20-an supaya anda boleh melengahkan tanda-tanda penuaan.”

Krim mata berbanding serum


Menurut Dr Chia, oleh kerana krim mata dan serum mempunyai tekstur berbeza, salah satu produk mungkin lebih sesuai untuk individu.

“Serum mata mempunyai tekstur lebih ringan, berasas air dan boleh menyerap lebih baik pada kelopak kulit mata. Ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan/atau normal. Krim lebih pekat dan rasa lebih tebal pada kulit dan lebih berguna untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau berkedut.”

Menurut beliau, anda boleh menggunakan kededuanya sama-sama tetapi ini biasanya tidak perlu.

Elakkan berikut


Dr Chia memberi amaran kepada pembeli supaya tidak mendapatkan produk mata yang mengandungi alkohol yang tersenarai sebagai isopropyl dan ethanol di label produk, paraben serta bahan pengawet dan humektan seperti phenoxyethanol, formaldehyde, bahan pengawet yang mengeluarkan formaldehyde dan propylene glycol.


Kawal jangkaan anda


Krim mata tidak berkesan untuk semua orang. Mereka yang mengalami kedutan dan garis halus mungkin tidak berkesan menyapu krim mata sahaja. Lingkaran mata hitam dan bengkak di bawah mata mungkin akibat baka atau masalah perubatan dan tidak boleh dikurangkan dengan sapuan krim sahaja.

Harga produk juga tidak boleh disamakan dengan keberkesanan.

Dr Chia percaya kebanyakan krim mata mengandungi bahan sama walaupun harganya berbeza.

“Bahan utama di dalam produk mata termasuk asid hyaluronik, retinol, kafein, peptida dan Vitamin C. Justeru, anda tidak perlu membeli krim mata mahal kerana kebanyakan krim mata menawarkan fungsi yang sama,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >