Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Kegiatan kesihatan mental percuma bagi warga emas di Haig Rd

Pusat Kesejahteraan Mental Sunlove sediakan program bagi bantu tangani masalah demensia, turut adakan
ujian kesihatan
Apr 24, 2024 | 12:07 PM



Penduduk di sekitar Haig Road boleh memanfaatkan pelbagai kegiatan dan acara kesihatan mental secara percuma di Pusat Kesejahteraan Mental Sunlove di Blok 4, Haig Road, yang dirasmikan pada 23 April.

Kegiatan seperti senaman pagi dan yoga diadakan dari 9 pagi hingga 6 petang bagi menggalak warga emas agar terus aktif dari segi mental dan fizikal. 

Pusat itu, yang pertama seumpamanya di bawah Sunlove, ditubuhkan dengan tumpuan bantu tangani masalah demensia dan memberi sokongan kesejahteraan mental kepada warga emas di Haig Road.

Dibuka pada Disember, ia turut menyediakan ujian kesihatan yang dipantau oleh doktor serta pekerja Sunlove yang dilatih oleh pakar fisiologi. 

Ujian kesihatan itu termasuk pemeriksaan gigi dan tekanan darah tinggi.

Usaha itu dimulakan oleh Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.







Setelah menghadiri acara serupa di Eunos Crescent, beliau berasa daya usaha itu harus diadakan di Haig Road agar dapat memenuhi keperluan penduduk yang menua di kawasan tersebut, yang di bawah pengawasannya.

Menurut Encik Mohd Fahmi, 60 peratus penduduk Haig Road berumur 60 tahun ke atas.

Ini menguatkan lagi keperluan diadakan kegiatan sedemikian.

“Kesihatan mental warga senja patut dititikberatkan, terutama selepas pandemik Covid-19.

“Jadi, saya rasa ini adalah masa paling tepat untuk merancakkan lagi aktiviti sedemikian bagi menggalak mereka supaya bergaul dan mengambil bahagian agar minda mereka lebih aktif.

“Ini bertujuan mengelakkan mereka sentiasa terkurung di rumah dan ditinggalkan keseorangan hingga boleh menyebabkan pelbagai penyakit, seperti demensia,” kata beliau.

Dalam usaha membantu mengurangkan kecenderungan mengalami demensia dalam kalangan warga emas, permainan realiti maya (VR) turut diperkenalkan di pusat tersebut, dengan kerjasama syarikat sofwe, Dancing Mind.

Selain itu, terdapat juga alat latihan daripada syarikat HUR Solutions yang dibina secara profesional, khusus untuk pemulihan warga emas.







Eksekutif program di ibu pejabat Sunlove, Cik Siti Aishah Amar, berkata: “Ada seorang klien kami yang telah meraih manfaat hasil permainan dan aktiviti yang disediakan oleh Sunlove.

“Selepas beberapa kali bermain dan menyertai aktiviti di Sunlove, tahap demensianya telah berkurang.”

Beliau berkongsi bahawa pusat Sunlove menggunakan uji mental singkat yang juga dikenali sebagai Abbreviated Mental Test (AMT).


Ia menilai aspek kognitif seperti ingatan, perhatian dan pengiraan untuk mengesan tanda-tanda demensia.

Namun, Cik Aishah akur bukan mudah untuk mengurangkan tahap demensia seseorang, terutama apabila seseorang itu sudah berada pada peringkat lanjut demensia.

Seorang penduduk Haig Road, Cik Jamaliah Suhadi, 72 tahun, berasa daya usaha melibatkan warga emas sebagai amat penting.

Berinteraksi bersama warga emas lain membantu menjaga kesihatan mental beliau, ujarnya.

“Usia macam saya, kita harus jaga kesihatan sendiri, harus bersenam. Ramai orang tidak faham kenapa saya suka menjaga kesihatan saya. Pada saya, tidak kira usia, semua orang patut jaga kesihatan diri,” ujar Cik Jamaliah.

Beliau berpendapat sokongan masyarakat sebegini harus ditambah kerana banyak manfaat yang boleh diraih.

Mengalu-alu lebih ramai warga emas menyertai kegiatan kelolaan Sunlove, Cik Jamaliah berkata:

“Daripada duduk di rumah, tidak buat apa-apa, lebih baik jaga kesihatan mental, sebab sekarang ramai jadi pelupa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >