Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

10 penjawat awam disyaki terima rasuah RM3j direman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

10 penjawat awam disyaki terima rasuah RM3j direman

Mar 20, 2024 | 04:23 PM



PUTRAJAYA: Seramai 10 penjawat awam ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta ($850,000) daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram.


Perintah tahanan reman selama empat hari bermula 20 sehingga 23 Mac 2024 terhadap sembilan suspek lelaki dan seorang wanita itu dikeluarkan Majistret Cik Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 20 Mac.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap 10 suspek tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, semua suspek berusia sekitar 30-an hingga 50-an tahun telah ditahan bersama lima lagi individu ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan pada petang 19 Mac.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain antara 2017 hingga 2023,” katanya lapor Kosmo!


Susulan tangkapan itu, AML SPRM turut merampas barangan seperti telefon bimbit serta membekukan akaun bank kesemua suspek.

Sebelum ini, AML SPRM telah menangkap dan menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam.

Modus operandi sindiket termasuk menggunakan khidmat forwarding agent sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.


Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai wang bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan ‘mencuci’ duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sementara itu dalam kes berasingan di Kota Kinabalu, Sabah, SPRM Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup berlesen sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat itu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an tahun itu dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang individu, secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari 2020 sehingga 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >