Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes Daim: Pemaju hartanah terkenal M’sia disiasat badan antirasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes Daim: Pemaju hartanah terkenal M’sia disiasat badan antirasuah

Mar 15, 2024 | 03:05 PM



KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ahli perniagaan berusia 83 tahun yang merupakan pemegang saham utama pemaju projek mewah, BRDB Developments Sdn Bhd, ditahan untuk disoal siasat minggu lalu, lapor CNA yang memetik sumber pegawai kanan SPRM serta peguam yang mengikuti rapat kes berkenaan.


Datuk Akbar yang dipercayai warga Singapura dilaporkan merupakan seorang lagi personaliti perniagaan yang terlibat dalam siasatan meluas oleh SPRM terhadap mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin.

Difahamkan, pasukan penyiasat turut menyerbu rumah dan premis perniagaannya di Kuala Lumpur.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi Astro Awani, mengesahkan memanggil seorang ahli perniagaan yang juga pemaju hartanah Singapura untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.


Menurutnya, ahli perniagaan itu juga telah diperintahkan agar mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.

“Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini,” katanya lapor Astro Awani.


Sebelum itu sumber dipetik CNA memberitahu, selain membekukan akaun perniagaan dan peribadi ahli perniagaan itu, SPRM turut mengarahkan Datuk Akbar untuk mengisytiharkan aset serta pegangan kewangan keluarganya.


Pihak pejabat Datuk Akbar bagaimanapun, enggan mengulas mengenai siasatan SPRM.

Mereka dilaporkan memain peranan penting dalam pemulangan saham beku bernilai AS$4 bilion ($5.35 bilion) yang sebelum ini tersenarai di pasaran luar bursa yang sudah tidak wujud di Singapura, dikenali sebagai Central Limit Order Book (CLOB).

Selain itu mereka dilaporkan terbabit dalam transaksi kontroversi yang melibatkan perubahan pegangan saham di konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000.

Siasatan terhadap pegangan kewangan Tun Daim bermula pada Mei 2023 dan beliau dituduh pada 29 Januari lalu kerana gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta.


Datuk Akbar, seorang akauntan yang terlatih, dilaporkan menjalin persahabatan dengan Tun Daim pada akhir 1980-an, ketika kali pertama Tun Daim menjadi Menteri Kewangan antara 1984 dengan 1991.

Namun, ketika kali kedua Tun Daim menjadi Menteri Kewangan pada 1999, kekayaan komersial Datuk Akbar mengalami lonjakan ketara daripada pelaburan bersaiz sederhana yang berprofil rendah dalam hartanah dan peruncitan barangan mewah, ke dalam golongan atasan pentas korporat Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >