Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 ketua madrasah ditahan cuba hidupkan semula ajaran sesat

Sep 23, 2024 | 12:29 PM
Foto fail
Foto fail - Foto fail

PETALING JAYA: Pengerusi dan pengetua sebuah madrasah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) telah ditahan kerana disyaki menghidupkan semula ajaran sesat.

Dua lelaki berusia 58 dan 51 tahun itu ditahan kerana disyaki cuba hidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiyah yang difatwakan haram di Negeri Sembilan pada 2016.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Encik Ahmad Zaki Hamzah, berkata mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah kira-kira 9 malam pada 21 September.

Beliau berkata mereka ditahan susulan serbuan yang dilakukan di sekolah itu pada 6 September lepas.

“Kami pada mulanya siasat mereka kerana menguruskan sekolah tidak berdaftar, tetapi kemudian didapati mereka juga cuba hidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiyah yang telah difatwakan haram oleh Mufti Negeri pada 2016,” katanya, lapor The Star menukil Sinar Harian.

Menurut Encik Ahmad Zaki, mahkamah membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM2,000 ($613) setiap seorang dengan dua penjamin.

Sebutan semula tuduhan ditetapkan pada 12 November.

Sementara itu Pengarah JHEAINS, Encik Mohd Asri Abdullah, mengesahkan penahanan suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan 1996 dan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2019).

Sebelum ini dilaporkan madrasah berkenaan diperiksa JHEAINS selepas pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan laporan perbuatan liwat membabitkan penghuni di situ.

Hasil semakan mendapati madrasah berkenaan tidak didaftarkan dengan JHEAINS bagi menjalankan aktiviti pembelajaran agama Islam.

Pada minggu ini juga, empat pembantu pengajar di madrasah berkenaan telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan serangan seksual.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg