Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

3 aduan keracunan makanan, juadah basi di bazar Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 aduan keracunan makanan, juadah basi di bazar Johor

Mar 22, 2024 | 03:05 PM



JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerima tiga aduan kes keracunan makanan dan makanan basi membabitkan juadah berbuka dijual peniaga bazar Ramadan di negeri itu sejak seminggu lalu.

Ia membabitkan dua kes di daerah ini dan satu lagi di Mersing, disalurkan pengguna menerusi imbasan kod QR yang diperkenalkan JKNJ di tapak bazar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata aduan disalur melalui imbasan kod QR diperkenalkan JKNJ di tapak bazar tahun lalu dan diteruskan tahun ini.

“Kaedah itu menerima sambutan pengunjung bazar. Aduan disalurkan akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya jika benar berlaku perlanggaran mana-mana Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Tindakan membabitkan kompaun atau arah tutup tidak lebih 14 hari untuk tujuan pembersihan,” katanya pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Universiti di Skudai, dekat sini, lewat petang 21 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.


Bagi minggu pertama Ramadan, beliau berkata JKNJ mengeluarkan 49 notis kompaun kepada peniaga bazar atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 termasuk aspek kebersihan.

“Tawaran kompaun keseluruhan RM5,500 diberikan kepada peniaga. Berdasarkan operasi minggu pertama Ramadan, 1,399 premis makanan di bazar diperiksa dan 1,393 atau 99.6 peratus mempunyai tahap kebersihan baik melebihi 80 peratus.

“Tiada premis yang diarah tutup sehingga kini,” katanya sambil menambah, seramai 1,316 pengendali makanan juga diperiksa dan mereka turut diberi pendidikan kesihatan dan kebersihan pengendalian makanan secara berterusan.

Sementara itu, Encik Ling memberitahu bahawa pihaknya turut melakukan pemeriksaan makanan di bazar Ramadan bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi.

“Sebanyak 15 sampel makanan berisiko tinggi di bazar Ramadan turut diambil untuk dianalisis di makmal Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata 14 notis kompaun turut dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 14 premis pengilang ais atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh sama dan empat arahan kerja bagi pembetulan dikeluarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >