Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31

37 firma pengangkutan antarabangsa tunjuk minat tentang projek kereta api laju KL-SG

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

37 firma pengangkutan antarabangsa tunjuk minat tentang projek kereta api laju KL-SG

Jan 15, 2024 | 04:46 PM



JOHOR BAHRU: Sebanyak 37 firma pengangkutan utama dari seluruh dunia sudah menghantar Permintaan Maklumat (RFI) lengkap untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus membuktikan minat mereka terhadap pembangunan projek berkenaan.


Semua firma pengangkutan berkenaan menunjukkan komitmen tinggi dengan melengkapkan kertas cadangan awal itu dengan konsep menarik, termasuk penggunaan teknologi terkini, selain turut menyatakan kos keseluruhan projek berimpak tinggi itu.

MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp), iaitu syarikat swasta yang membiayai projek HSR Kuala Lumpur-Singapura itu, sebelum ini menetapkan 15 Januari 2024 sebagai tarikh akhir penyerahan RFI,berbanding tarikh asalnya, 15 November 2023.

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, berkata firma yang menghantar RFI itu termasuk beberapa syarikat pengangkutan utama dari China dan Eropah.

Namun, beliau menjelaskan syarikat pengangkutan Jepun tidak pernah menghantar RFI, sekali gus terkejut dengan dakwaan bahawa firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan terbabit dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura sebelum ini.

“Namun, memang ada beberapa firma pengangkutan Jepun yang menghadiri taklimat awal yang diadakan MyHSR pada Julai 2023.

“Jadi saya sedikit bingung dan hairan apabila ada laporan menyatakan firma Jepun membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura sedangkan tiada satu pun firma Jepun yang menghantar RFI HSR sehingga kini.

“Setakat ini, 37 firma pengangkutan utama dunia sangat berminat dan sudah menghantar RFI kepada MyHSR,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 15 Januari.


Pada 12 Januari, media melaporkan firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber melaporkan syarikat negara itu, termasuk East Japan Railway Co yang berharap untuk menggunakan sistem kereta api peluru Shinkansen dalam projek itu, tetapi memutuskan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.


Datuk Fauzi berkata pada sesi taklimat awal projek HSR itu, pihaknya sudah menyatakan secara jelas projek tersebut akan dibiayai sepenuhnya pihak swasta.

Ketika diumumkan kali pertama pada 2013, kos projek HSR KL-Singapura, yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dianggarkan RM72 bilion ($20.64 bilion).

Namun, projek kereta api laju sepanjang 350 kilometer itu kini dianggarkan melebihi RM100 bilion.

Pada Julai 2023, MyHSR melancarkan proses RFI bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura melalui model perkongsian awam swasta.

Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju membina projek itu, yang dijangka dapat memendekkan masa perjalanan antara dua bandar raya itu kepada 90 minit.

Namun, pada 1 Januari 2021, kededua negara mengumumkan penamatan projek tersebut apabila mereka gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia.

Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan sudah membayar lebih RM320 juta kepada Singapura sebagai pampasan bagi kos yang ditanggung republik itu menyusuli pembatalan projek berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >