Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 anak perempuan Abuya antara 19 pengikut Global Ikhwan yang ditahan

Sep 20, 2024 | 12:37 PM
Seorang daripada empat anak pengasas Al-Arqam yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH), antara 19 yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman selama tujuh hari, bermula pada 19 September.
Seorang daripada empat anak pengasas Al-Arqam yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH), antara 19 yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman selama tujuh hari, bermula pada 19 September. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat anak perempuan pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad (Abuya) adalah antara 19 individu berkaitan pengurusan tertinggi Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan Bukit Aman pada 19 September.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata empat wanita tersebut berusia antara 29 dengan 38 tahun.

“Mereka adalah antara 19 yang ditahan ketika kami melakukan empat serbuan di sebuah unit kediaman di sepanjang Jalan Imbi (Kuala Lumpur) pada 5.40 pagi 19 September,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan seorang daripada empat wanita itu adalah isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH yang turut ditahan, lapor Berita Harian Malaysia.

Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari, adalah sebuah kumpulan ajaran yang diharamkan oleh kerajaan pada 1994.

Terdapat dakwaan bahawa kumpulan itu telah menarik lebih 60,000 orang pada kemuncak popularitinya, dengan sokongan daripada golongan Melayu berpendapatan rendah hingga sederhana serta pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara.

Menurut Amnesty International pada 2 September 1994, Ashaari ditangkap di Thailand di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Beliau dikenakan tahanan rumah selama 10 tahun di Rawang dan Labuan.

Ashaari meninggal dunia pada 2010 akibat jangkitan paru-paru.

Selepas Al-Arqam diharamkan pada 1994 dan beberapa pemimpin kanannya ditahan mengikut ISA, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISBH pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

Isu berhubung nasab sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH, yang diselamatkan sebelum ini, akan dibawa kepada Mahkamah Syariah Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata ini kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata penentuan sah taraf anak yang dikaitkan dengan GISBH itu adalah penting demi masa depan mereka.

“Maka hakim mahkamah syariah yang akan melihat pada keterangan sama ada keterangan lisan atau dokumen... dari situ ia akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

“Apabila mahkamah mengisytiharkan anak itu adalah anak yang sah taraf barulah boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya selepas Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah, pada 19 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg