Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 polis peras ugut ahli perniagaan RM45,000 ditahan

Sep 3, 2024 | 11:28 AM
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar.
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar. - Foto KOSMO!.

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis bersama tiga lagi anggotanya ditahan selepas disyaki memeras ugut dua ahli perniagaan dan meminta wang sebanyak RM45,000 ($13,549) bagi menyelesaikan kes penyeludupan manusia.

Keempat-empat mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Masai, Johor, ditangkap akhir Ogos bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, berkata pihaknya melakukan siasatan dalaman dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat salah laku melibatkan pegawai dan anggotanya.

“Berkenaan laporan dakwaan peras ugut, kita telah tangkap empat suspek untuk siasatan lanjut. Bukti sedang dikumpul dan apabila siasatan lengkap, kita akan serah kepada pejabat pendakwa raya.

“Buat waktu ini mereka diberi jaminan polis dan diletakkan di unit tidak aktif. Kita jamin siasatan menyeluruh akan dibuat dan tindakan tegas akan diambil,” katanya lapor Kosmo!.

Tambah Encik Kumar, semakan mendapati empat penjawat awam itu tiada rekod masalah disiplin.

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis dibuat mangsa mendakwa beliau dan rakannya didatangi dua lelaki yang mengaku anggota polis dan membawa mereka ke IPD Seri Alam.

Setibanya di sana, mereka dibawa masuk ke dalam bilik dan diperkenalkan kepada dua lagi anggota yang mendakwa mangsa dan rakannya terlibat dengan sindiket ‘scammer’ (penipuan) dan pemerdagangan manusia.

Anggota polis kemudian meminta wang RM150,000 untuk membantu mangsa menyelesaikan kes tersebut, namun mangsa hanya mampu memberikan wang RM45,000.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada keesokan harinya di IPD Johor Bahru Selatan.

Sementara itu di Ampang, Selangor, seorang pegawai kanan polis didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan mengugut dua lelaki dengan menghantar gambar pembunuhan kejam menerusi aplikasi WhatsApp pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Timbalan Superintenden K K Ravindhran, 52 tahun, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dikemukakan masing-masing di depan Majistret Amalina Basirah Md Top dan Majistret Normaizan Rahim.

Mengikut tuduhan, lelaki itu dengan sengaja membuat ugutan jenayah kepada dua kontraktor elektrik masing-masing berusia 42 dan 50 tahun dengan menghantar gambar menggunakan aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang lelaki dibunuh kejam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg