5 sekeluarga cemas kereta terbakar ketika pulang beraya ke Kelantan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 sekeluarga cemas kereta terbakar ketika pulang beraya ke Kelantan

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, terima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.48 malam, 18 Mac
Mar 19, 2026 | 12:50 PM

5 sekeluarga cemas kereta terbakar ketika pulang beraya ke Kelantan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kelantan, beraya, kereta terbakar Kuala Krai, balik kampung raya 2026, eksiden Kuala Krai, Proton Waja terbakar, berita Kelantan, jem balik kampung, bomba Kuala Krai
Lima sekeluarga selamat selepas kereta yang mereka naiki terbakar di Kampung Pahi berhadapan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, Kelantan, pada malam 18 Mac.  - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KUALA KRAI (Kelantan): Perjalanan lima sekeluarga dari Nilai, Negeri Sembilan, untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri di Kok Lanas, Kelantan, bertukar cemas apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Kampung Pahi dekat Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 10.48 malam, 18 Mac.

Menurutnya, seramai enam anggota termasuk pegawai dari BBP Kuala Krai bergegas ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi, mereka mendapati kereta berkenaan sedang terbakar sepenuhnya.

“Sebelum kereta itu terbakar, pemandu Proton Waja menyedari asap keluar dari bonet hadapan lalu segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

“Dalam keadaan kelam-kabut, beliau mengeluarkan semua barang dibawa termasuk beg pakaian.

“Mereka sekeluarga yang dalam perjalanan dari Nilai ke Kok Lanas untuk menyambut Hari Raya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.33 malam setelah keadaan disahkan selamat.

“Pihak forensik masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Beliau menambah, Skuad Bantu Kuala Krai kemudian membantu menghantar pulang lima anggota sekeluarga itu ke Kok Lanas.

Sementara itu, perjalanan pulang ke Kelantan yang memakan masa lebih 12 jam adalah perkara biasa bagi perantau yang pulang ke kampung untuk meraikan 1 Syawal bersama keluarga tersayang.

Pengguna jalan raya, Cik Nurliayana Zainal Abidin, 36 tahun, berkata pengalaman menempuh perjalanan untuk pulang ke Kelantan hampir 20 jam pada 2024, membuatkan beliau sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan untuk pulang beraya.

Katanya, untuk perjalanan pulang kali ini ia memakan masa hampir 11 jam untuk sampai ke Gua Musang.

“Saya bertolak dari rumah di Kajang, Selangor, kira-kira 12.30 tengah malam pada 18 Mac dan tiba kira-kira 11.30 pagi 19 Mac.

“Dalam perjalanan juga kami beberapa kali berhenti kerana membawa anak kecil bersama,” katanya.

Bagi Encik Mohd Yusoff Mohamad, 42 tahun, dari Lukut, Negeri Sembilan pula, beliau menjangkakan perjalanan ke Kubang Kerian, Kelantan akan mengambil masa lebih 12 jam.

“Sebelum kereta itu terbakar, pemandu Proton Waja menyedari asap keluar dari bonet hadapan lalu segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Dalam keadaan kelam-kabut, beliau mengeluarkan semua barang dibawa termasuk beg pakaian. Mereka sekeluarga yang dalam perjalanan dari Nilai ke Kok Lanas untuk menyambut Hari Raya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.” 
Nik Ahmad Afsham Nik Pa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg