Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

63 rakyat M’sia diusir dari Makkah, Jeddah, cuba tunai haji tanpa visa

May 26, 2025 | 11:27 AM
tanpa visa haji, Masjidil Haram, Arab Saudi
Para pegawai memeriksa visa haji setiap anggota jemaah di pintu Masjidil Haram sedang kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana jemaah yang berada di Makkah tanpa visa haji, pada musim haji 2025. - Foto INSTAGRAM HARAMAIN

KUALA LUMPUR: Seramai 63 rakyat Malaysia dikenakan tindakan diusir dari Makkah ke Jeddah kerana tidak memiliki visa haji yang sah.

Mereka sekali gus berisiko hilang peluang menunaikan haji atau umrah pada masa depan.

Jumlah itu direkodkan oleh pejabat perwakilan Malaysia sejak 29 April hingga 23 Mei, membabitkan mereka yang berada di kota suci itu termasuk yang dipercayai mahu melakukan ibadah haji tanpa permit.

Tindakan itu dikenakan berikutan amaran kerajaan Arab Saudi yang mengambil tindakan tegas terhadap semua jemaah yang berada di Makkah tanpa visa haji.

Mereka yang ditahan berada di Makkah tanpa visa haji sah boleh dikenakan denda antara RM22,000 ($6,695) dengan RM113,000, selain diusir dan disenaraihitamkan daripada memasuki Saudi selama 10 tahun.

Ini bermakna peluang mengerjakan haji atau umrah masa depan mungkin terpaksa ditangguhkan.

Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, berdasarkan maklumat yang diterima pihak berkuasa tempatan setakat 21 Mei.

“Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menerima beberapa laporan mengenai rakyat Malaysia yang diusir keluar dari Makkah ke Jeddah oleh pihak berkuasa tempatan kerana tidak memiliki visa atau permit haji sah.

“Sehingga 23 Mei lalu, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan, 63 rakyat Malaysia dilaporkan telah diusir keluar dari Makkah ke Jeddah kerana tiada visa haji sah.

“Walaupun laporan diterima setakat ini hanya berbentuk pemakluman, kami memandang serius dan sentiasa memantau perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Akhbar Saudi Gazette sebelum ini melaporkan, selaras dengan ketetapan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, bagi memastikan keselamatan jemaah, semua pemegang visa selain haji diwajibkan meninggalkan Makkah bermula 1 Zulkaedah (29 April 2025).

Difahamkan, sejak beberapa musim haji, pihak berkuasa Saudi meningkatkan kawalan termasuk melakukan pemeriksaan rawak bukan saja di hotel, bahkan juga di bangunan kediaman sekitar Makkah, bagi mengesan individu tanpa visa haji sah, tetapi mengambil kesempatan berada di tanah suci.

Kawalan ketat itu turut dibuat atas faktor keselamatan jemaah memandangkan pada musim haji 2024, seramai 1,301 anggota jemaah haji dilaporkan meninggal dunia.

Daripada jumlah itu, 83 peratus adalah jemaah yang tidak memiliki visa atau permit haji yang sah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg