Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

64 lokasi Bazar Ramadan Rahmah di M’sia tawar menu harga RM5

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

64 lokasi Bazar Ramadan Rahmah di M’sia tawar menu harga RM5

Mar 15, 2024 | 04:31 PM



Prihatin dengan rungutan rakyat terutama yang kurang berkemampuan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di lokasi terpilih di seluruh negara.

Daya usaha yang dimulakan pada 2023 di 41 lokasi seluruh negara melibatkan 1,014 peniaga diperluaskan ke 64 lokasi seluruh negara pada 2024.

Pengunjung BRR berpeluang membeli pelbagai makanan dan minuman juadah berbuka puasa pada harga lebih murah daripada biasa, iaitu serendah RM5 ($1.40).

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Cik Fuziah Salleh, antara kriteria BRR adalah sekurang-kurangnya 40 peratus peniaga di satu-satu lokasi BRR menawarkan Menu Rahmah, yang dijual pada harga murah.

Katanya, bagi menggalakkan golongan peniaga menyahut daya usaha kerajaan mengadakan BRR, pihaknya menyalurkan insentif RM50 kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah.

“Malah, kita juga akan beri insentif kepada pengunjung dalam bentuk e-dompet bernilai RM20 dan di setiap lokasi bazar, ada 2,000 e-dompet akan diagihkan untuk membantu pengunjung BRR membeli makanan dan minuman pada harga murah,” katanya.

Cik Fuziah berkata penganjuran BRR juga mendapat kerjasama pihak penganjur yang bertindak menurunkan harga sewaan tapak bazar, sekali gus membantu peniaga mengurangkan kos dan dapat menawarkan Menu Rahmah kepada pembeli.

“Masing-masing mungkin tak dapat margin keuntungan yang tinggi, tetapi mereka dengan rela dan percaya bahawa rahmah itu berkat, maka mereka sama-sama menyumbang untuk membantu mengatasi kekangan kos sara hidup sekarang ini,” tambah beliau.

Cik Fuziah berkata pihaknya mengakui menerima rungutan daripada orang ramai mengenai harga makanan dan minuman di bazar yang dijual mahal dan BRR adalah satu alternatif untuk pengguna yang berhampiran dengan lokasinya mendapatkan menu berbuka puasa pada harga lebih menarik.

“Sebagai contoh orang kata martabak mahal, tetapi harga barangan import seperti bawang besar dan daging dari India mengalami kenaikan sejak dua minggu lalu dan tentunya ada kesan kepada keuntungan peniaga,” kongsinya di Facebook rasmi beliau selepas meninjau BRR Presint 14, Putrajaya.

Seorang peniaga gulai kawah di BRR Presint 14, Encik Malik Ariffin, 40 tahun, berkata beliau menawarkan harga istimewa kepada pembeli dan berniat bersedekah untuk meringankan bebanan ekonomi pelanggannya.

“Tidak dinafikan kita bergelut dengan situasi ekonomi sekarang. Peniaga juga terkesan kerana peniaga juga pengguna.

“Namun saya gunakan konsep sedekah dan tidak terlalu fokus keuntungan dalam jualan Menu Rahmah ini kerana saya percaya dalam rahmah itu ada berkatnya yang akan mencukupkan,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Pembantu pejabat, Cik Rasyidah Rasyid, 28 tahun, berkata BRR dapat menjimatkan perbelanjaannya mendapatkan menu berbuka puasa dan lebihan wang boleh disimpan untuk kegunaan kecemasan serta persediaan menyambut Aidilfitri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >