Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan Ramadan buat penduduk Islam S’pura

Mar 11, 2024 | 8:18 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman - Foto fail

“Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di Singapura.

Semoga anda semua dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan dan keihsanan, menyempurnakan ibadah puasa di bulan yang mulia ini.”

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan untuk kita menguatkan diri secara fizikal dan rohani.

Ia bukan sahaja untuk menahan diri daripada makan dan minum, dari subuh hingga maghrib, tetapi juga tentang melakukan ibadah, bermuhasabah, melakukan perbuatan baik dan mengukuhkan ikatan keluarga serta masyarakat secara harmoni dan aman.

Namun bagi penduduk di Gaza, tiada keamanan dan kedamaian walaupun sewaktu bulan yang penuh mulia ini.

Sepanjang Ramadan, kita akan sentiasa memikirkan tentang penderitaan golongan miskin dan memerlukan serta yang sakit dan lemah.

Kita berpuasa untuk memahami erti lapar dan dahaga dalam kalangan mereka yang kekurangan.

Bagi rakyat Palestin di Gaza, itulah realiti kehidupan mereka setiap hari. 

Kita berdoa agar adanya keamanan.” 

Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob

“Pelancaran BazaRia Marsiling adalah sesuatu yang pastinya menggembirakan. Pelancarannya menyatukan masyarakat kita yang bersemangat meraikan keberkatan Ramadan. Daripada sajian Nasi Lemak Boon Lay Power hinggalah Beriani dan Cendol yang memuaskan jiwa, bazar ini adalah ‘syurga kulinari’ yang menggembarkan kekayaan tapestri masyarakat kita.

“Marilah kita terus hargai kebersamaan, memperkukuh ikatan keluarga dan menanti kehadiran Ramadan yang mulia.”

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg