Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

7 sekeluarga termasuk anak kecil tiga tahun hidup gelandangan di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

7 sekeluarga termasuk anak kecil tiga tahun hidup gelandangan di M’sia

Mar 22, 2024 | 01:19 PM



KUALA LUMPUR: Ramadan 2024 paling suram buat tujuh sekeluarga apabila sepasang suami isteri bersama lima anak mereka berusia tiga hingga 11 tahun terpaksa mengharungi kepayahan hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di merata tempat sejak hampir tiga minggu lalu.

Anak-anak itu bersama ibu bapa mereka bukan saja perlu menumpang di rumah saudara mara, bahkan pernah berteduh di kaki lima sepanjang tempoh itu.

Kehidupan sukar keluarga terbabit dikesan Pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menjalankan tinjauan dan operasi menjejaki mereka di sekitar Bandar Baru Bangi di Selangor baru-baru ini.

“Hari kedua berpuasa, satu keluarga diadukan bergelandangan di sekitar Bandar Baru Bangi. Rata-rata hanya mampu melihat dan sedikit simpati dengan menghulurkan seringgit dua untuk mengalas perut.

“Tak dapat dibayangkan, hampir tiga minggu anak seusia tiga tahun ke 11 tahun hidup berpindah randah.

“Dari rumah saudara ke kaki lima kedai. (Jika) ada sumbangan orang ramai, tidur di hotel bajet. Semuanya demi anak,” kata pasukan itu menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), lapor Berita Harian Malaysia.


Perkongsian itu meraih simpati pelayar Facebook yang turut mendoakan semoga keluarga berkenaan dipermudahkan urusan dan menemui jalan penyelesaian.

Menurut LZS, sebaik aduan diterima, pasukan diketuai Ketua Operasi Agihan Daerah Hulu Langat segera menjejaki keluarga terbabit.

“Sungguh hiba kami lihat, mereka tampak keletihan, terutamanya lima anak kecil yang dibawa bersama,” kata mereka sambil memaklumkan bantuan kecemasan dan tempat tinggal sementara sudah diusahakan buat keluarga berkenaan.

Katanya, pihaknya juga sudah mendaftarkan keluarga sebagai asnaf sementara bagi mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami menyalurkan sumbangan wang tunai untuk makan minum dan menyewakan dua hari rumah penginapan bagi memberi keselesaan anak-anak kecil sementara urusan mencari rumah sewa.

“Ada yang bersimpati, tanpa deposit yang diminta oleh tuan rumah, mereka dibenarkan untuk masuk ke rumah sewa dengan segera,” katanya.

Katanya, segala aduan dan siasatan yang dijalankan adalah selepas melihat kepada keperluan asasi atau keutamaan yang diperlukan keluarga berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >