Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengemis OKU miliki Proton X70: Kerajaan beri amaran, henti elaun

Mar 13, 2024 | 2:42 PM
Lelaki kurang upaya fizikal yang mengemis di pasar malam sekitar Maran, Pahang, mampu menjana ratusan ringgit sehari, malah mampu memiliki kereta Proton X70 berharga RM127,000 ($35,713).
Lelaki kurang upaya fizikal yang mengemis di pasar malam sekitar Maran, Pahang, mampu menjana ratusan ringgit sehari, malah mampu memiliki kereta Proton X70 berharga RM127,000 ($35,713). - Foto FACEBOOK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MARAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah menghentikan bantuan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima susulan terbongkar kehidupannya yang melakukan aktiviti mengemis hingga mampu memiliki kenderaan Proton X70 Premium berharga sekitar RM127,000 ($36,165).

Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata elaun sebanyak RM450 sebulan yang diterima lelaki itu sebelum ini telah dihentikan bermula Mac 2024.

Beliau berkata pihaknya turut memberi amaran dan meminta lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi.

“Siasatan lanjut juga mendapati individu itu kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan. Dan sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya lapor Sinar Harian.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan kehidupan seorang lelaki OKU fizikal yang mampu memiliki kereta Proton X70 Premium berharga sekitar RM127,000 dengan menjalankan aktiviti mengemis dan meminta sedekah di pasar malam di Maran, Pahang.

Siasatan juga mendapati lelaki OKU itu yang memiliki kededua tangan kecil, berupaya memperoleh sehingga RM500 kutipan sumbangan orang ramai dalam tempoh lima jam berada di pasar malam.

Sementara itu, mengulas langkah jangka panjang kementeriannya bagi menangani isu orang papa dan gelandangan, Datuk Noraini berkata kementerian itu sedang melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menambah baik pengendalian isu berkenaan.

Katanya, kementerian menyasarkan dapatan kajian itu akan diguna pakai sebagai asas pertimbangan dalam merasionalkan ketetapan berkaitan mekanisme penyelesaian isu pengemis, gelandangan, aspek pemulihan dan penguatkuasaan.

“Penyelesaian kepada isu ini bukan terletak pada bahu kementerian semata-mata, sebaliknya kerjasama dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan orang awam,” kata Datuk Noraini. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg