Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

8 tertuduh dibebaskan selepas bekas isteri mengaku bunuh pemandu e-panggilan pengangkutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

8 tertuduh dibebaskan selepas bekas isteri mengaku bunuh pemandu e-panggilan pengangkutan

Jan 26, 2024 | 11:52 AM



TAWAU: Bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mat Zaki Md Zain, bersama tujuh lain dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang pemandu e-panggilan pengangkutan, selepas bekas isteri mangsa membuat pengakuan mengejut melakukan pembunuhan itu.


Bekas isteri mangsa yang juga saksi utama pendakwaan membuat pengakuan melakukan pembunuhan itu pada hari kelapan prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, pada 25 Januari.

Hakim, Datuk Duncan Sikodol, membuat keputusan itu berikutan permohonan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Encik Khairul Azreem Mamat, untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap semua tertuduh.

Permohonan itu saksi ke-23, Cik Nurimah Juli, 35 tahun, mengaku membunuh bekas suaminya, Allahyarham Nurman Bakaratu, di Jalan Anjur Juara di Batu 5 Jalan Apas, Tawau, kira-kira 8 malam pada 13 Januari 2023.

Selain Datuk Zaki, tertuduh lain ialah enam anggota polis dan seorang awam iaitu Encik Rosdi Rastam, 45 tahun; Encik Denis Anit, 45 tahun; Encik Fabian Rungam, 44 tahun; Encik Khairul Azman Bakar, 47 tahun; Encik Mohd Azlan Sakaran, 40 tahun; Encik John Kennedy Sanggah, 44 tahun; dan Encik Vivien Fabian, 34 tahun.

Keputusan itu menyebabkan suasana di dalam dan luar mahkamah riuh dengan tangisan kegembiraan keluarga tertuduh dan peguam, kerana kebenaran dapat dibuktikan selepas genap setahun mereka dalam tahanan, bermula 25 Januari 2023.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, hari ini keadilan terbukti dan semua tuduhan palsu ke atas kami adalah fitnah,” kata Datuk Mat Zaki, lapor Berita Harian Malaysia.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Datuk Mat Zaki, 59 tahun, turut berdepan tuduhan bersubahat membunuh Allahyarham Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Pada prosiding itu, Cik Nurimah memberitahu mahkamah dia menikam mangsa menggunakan gunting yang diambil daripada begnya ketika bergaduh dengan bekas suaminya itu di dalam kereta Perodua Myvi di lokasi kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >