Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

80% kes jenayah 2024 di M’sia berjaya diselesai

Jenayah libat kekerasan seperti bunuh, rogol, samun naik lebih 11%
Jan 28, 2025 | 12:17 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan), memberikan perkembangan terkini mengenai kes jenayah dalam satu sidang media khas di Menara 2 Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan), memberikan perkembangan terkini mengenai kes jenayah dalam satu sidang media khas di Menara 2 Bukit Aman. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus atau 40,631 daripada 58,225 kes jenayah yang dilaporkan di seluruh negara Malaysia sepanjang 2024 sudah diselesaikan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan Perangkaan Jenayah 2024, jumlah kes jenayah indeks yang dilaporkan meningkat sebanyak 11.1 peratus atau sebanyak 5,811 kes 2024, berbanding 52,444 pada 2023.

Jenayah indeks membabitkan kesalahan kategori kekerasan seperti bunuh, rogol, samun tanpa senjata api (STSA), samun (secara) berkawan tanpa bersenjata api, samun bersenjata api, samun berkawan bersenjata api dan mencederakan.

Datuk Mohd Shuhaily berkata jenayah membabitkan samun berkawan bersenjata api dan mencederakan menunjukkan peningkatan tertinggi.

Katanya, jenayah samun secara berkawan dengan bersenjata api merekodkan peningkatan sebanyak 10 peratus (33 kes) pada 2024 berbanding 30 pada 2023.

“Bagi jenayah kategori mencederakan pula menunjukkan peningkatan sebanyak 790 kes (21.4 peratus) tahun lalu (2024) dengan 4,483 kes direkodkan berbanding 3,693 kes bagi tahun sebelumnya (2023),” katanya pada sesi taklimat media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada 27 Januari, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Mohd Shuhaily berkata jenayah bukan indeks bagi kesalahan membabitkan kategori harta benda seperti curi, curi motokar, curi motosikal, curi van/lori/jentera berat dan pecah rumah turut menunjukkan peningkatan.

Katanya, jenayah bukan indeks pada 2024 meningkat sebanyak 8,273 kes atau 13 peratus apabila 72,077 kes direkodkan pada 2024 berbanding 63,804 pada 2023.

“Ibu kota (Kuala Lumpur) menunjukkan peningkatan jenayah indeks tertinggi iaitu sebanyak 3,150 kes (69.4 peratus) direkodkan dan diikuti oleh Perak sebanyak 2,390 kes (66.9 peratus).

“Kedah dan Selangor pula menunjukkan penurunan kadar jenayah indeks iaitu masing-masing berkurang sebanyak 491 kes (10.8 peratus) dan 1,829 kes (13.3 peratus),” dedahnya.

Sehubungan itu, Datuk Mohd Shuhaily berkata JSJ akan mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji perangkaan kadar naik turun jenayah di seluruh negara.

“Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan, semua negeri akan dipanggil untuk membincangkan langkah-langkah mengekalkan kejayaan dan mengurangkan kadar jenayah di negeri masing-masing,” katanya.

Tambahnya, hasil kajian berkenaan akan dibentangkan kepada Ketua Polis Negara sebelum disampaikan kepada pembuat dasar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg