Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 lelaki ditahan kes merusuh di Perak, dua lagi cuba samun di Selangor giat diburu

Apr 8, 2025 | 11:27 AM
Tangkap layar video tular kejadian merusuh guna senjata di bandar Meru Raya, Ipoh, Perak, yang menyebabkan sembilan lelaki dipercayai terlibat kes itu ditahan polis.
Tangkap layar video tular kejadian merusuh guna senjata di bandar Meru Raya, Ipoh, Perak, yang menyebabkan sembilan lelaki dipercayai terlibat kes itu ditahan polis. - Foto tangkap layar video tular NSTP

IPOH (Perak): Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata di Jelapang dekat Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian itu menyebabkan enam individu cedera dan terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata perselisihan faham berkaitan motosikal yang dirampas ketika lumba haram dipercayai menjadi punca kejadian merusuh menggunakan senjata di bandar Meru Raya itu.

Encik Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 36 tahun pada 12.30 tengah malam 6 April.

“Lelaki itu mendakwa diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata, antaranya kayu besbol, parang, pedang samurai, topi keledar, dan pisau panjang.

“Menyusuli laporan itu polis menahan sembilan lelaki berusia 19 tahun hingga 41 tahun di lokasi berasingan pada 6.45 pagi, 7 April,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurut Encik Abang Zainal Abidin, semakan mendapati tujuh daripada sembilan suspek bebas sebarang rekod kesalahan lampau, sementara dua suspek lagi mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan jenayah.

“Hasil saringan air kencing juga mendapati tiga suspek positif dadah jenis benzodiazepin, satu suspek positif jenis THC, manakala enam lagi negatif dadah,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis giat memburu dua lelaki bersenjatakan parang yang disyaki cuba menyamun dua rumah di Jalan Alam Suria, Seksyen 16, Puncak Alam, Selangor, pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian sama di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun mendakwa melihat kelibat dua lelaki memakai pelitup muka dan bersenjata parang berada di belakang rumahnya kira-kira 11 malam.

“Suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri menyebabkan isterinya menjerit meminta tolong sebelum kededua suspek melarikan diri,” katanya.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tampil memberikan kerjasama bagi membantu polis melengkapkan siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg