Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Agong baru M’siaSultan Ibrahim berjiwa rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong baru M’siaSultan Ibrahim berjiwa rakyat

Jan 31, 2024 | 05:21 PM



Berikut adalah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17, Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor.

Sultan Ibrahim dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

PENDIDIKAN

Pada 1968 hingga 1970, Sultan Ibrahim belajar di Trinity Grammar School, Sydney, Australia, sebelum meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari 1971 hingga 1975 serta mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.

Bagi menjadi seorang raja yang berwibawa dan dihormati, beliau meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, dan melengkapkan dua kursus – Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas.

KETENTERAAN

Sultan Ibrahim mula mendapat latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi, Johor, dan kemudian mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika, serta menjalani latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.


Beliau kemudian meneruskan latihan American Special Forces dan Pathfinder, di samping telah membuat 19 terjunan payung terjun.


Sultan Ibrahim kemudian ditauliahkan sayap, seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai seorang komando selain turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan Seal (tentera darat, laut dan udara).

Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beliau menjalani latihan juruterbang helikopter dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.

Selain itu, beliau turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkannya sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.

PELANTIKAN SEBAGAI
TUNKU MAHKOTA JOHOR

Sultan Ibrahim ditabal sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

PELANTIKAN SEBAGAI
PEMANGKU RAJA JOHOR

Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, beliau dilantik sebagai Pemangku Raja Johor semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

ISTERI DAN ANAK

Pada 22 September 1982, Sultan Ibrahim mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah dan dikurniakan lima putera dan seorang puteri.

KEPERIBADIAN

Sifat Sultan Ibrahim yang suka mendekati rakyat mendorongnya mengilhamkan program Kembara Mahkota Johor sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi.

Ketika berlaku bencana terutama banjir, beliau antara yang terawal turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar, serta mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat Johor.

Sultan Ibrahim turut lantang bersuara berkenaan isu-isu seperti kebersihan dan alam sekitar, dan sering menghulurkan bantuan kotak makanan dan kampit beras kepada golongan miskin kerana prihatin dengan peningkatan kos sara hidup yang meresahkan rakyat.

Dalam menyantuni rakyat jelata, beliau juga dilihat sering singgah di gerai dan kedai makan di setiap daerah di Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >