Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agong jalani rawatan di luar negara

Feb 7, 2025 | 11:07 AM
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim (tengah) mengaminkan doa sebelum berlepas ke luar negara dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor, pada 7 Februari, untuk menerima rawatan.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim (tengah) mengaminkan doa sebelum berlepas ke luar negara dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor, pada 7 Februari, untuk menerima rawatan. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, berangkat ke luar negara pada 7 Februari, bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama ialah dua putera Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan kerajaan Persekutuan.

“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu, pada 7 Februari.

Sultan Ibrahim berlepas ke luar negara dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor,

Pada 2023, Sultan Ibrahim pernah menjalani pembedahan pada bahu kanan akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur.

Pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam serta berjalan lancar.

Pada 2016, Sultan Ibrahim juga pernah menjalani prosedur angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura selepas mengadu sakit dada semasa beriadah dan berada dalam keadaan baik.

Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen Penggal Keempat Parlimen Ke-15 pada 3 Februari yang dirasmikan Sultan Ibrahim, berlangsung tanpa upacara lazim iaitu perbarisan kehormat diraja, dipercayai berikutan keadaan kesihatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg