Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agong M’sia selamat jalani rawatan di luar negara, akan pulang 21 Feb

Feb 19, 2025 | 12:55 PM
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, dalam gambar terbaru yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, dalam gambar terbaru yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Agong dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini.

“Kesakitan itu berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif Sultan Ibrahim yang gemar bersukan sewaktu muda terutama bermain polo.

“Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatannya,” kata kenyataan itu, lapor Kosmo!.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan. Perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Turut mengiringi Sultan Ibrahim ke luar negara ialah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Pada 2023, Sultan Ibrahim pernah menjalani pembedahan pada bahu kanan akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur.

Pada 2016, Sultan Ibrahim juga pernah menjalani prosedur angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura, selepas mengadu sakit dada semasa beriadah dan berada dalam keadaan baik.

Sultan Ibrahim dari kesultanan Johor mengangkat sumpah sebagai Agong Malaysia ke-17 pada 31 Januari 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg