Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anggota tentera laut M’sia disyaki terbabit ‘kartel perolehan’ disiasat agensi rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anggota tentera laut M’sia disyaki terbabit ‘kartel perolehan’ disiasat agensi rasuah

Jan 19, 2024 | 05:42 PM



KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan beberapa anggotanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan dakwaan terlibat kes ‘kartel perolehan’ membabitkan kerja pembinaan kem TLDM di Johor bernilai RM9 juta ($2.55) juta.


Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Rahman Ayob, yang mengesahkan perkara itu berkata mereka dipanggil untuk memberi keterangan susulan siasatan yang dijalankan terkait kes berkenaan.

Beliau turut mengesahkan beberapa dokumen turut diambil SPRM untuk siasatan.

“Memang ada beberapa anggota TLDM dipanggil untuk memberi keterangan dan dokumen juga diambil,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 19 Januari.


Beliau ditemui media selepas upacara penamaan dan pentauliahan Kapal Diraja (KD) Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Tan Sri Abdul Rahman mengulas penahanan tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ membabitkan kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM bernilai lebih RM9 juta di Johor, pada 18 Januari.

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang susulan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja pembinaan di kem berkenaan.

Sumber memaklumkan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Tan Sri Abdul Rahman juga memberi jaminan TLDM sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung siasatan kes itu.

Sementara itu pada majlis sama, Tan Sri Abdul Rahman berkata Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang pertama dijangka berada di permukaan air pada pertengahan 2024.

Beliau berkata sebaik berada di permukaan air, kapal berkenaan akan menjalani beberapa ujian pemasangan sistem dan peralatan.

Selepas itu, katanya tempoh 22 bulan penilaian dilakukan sebelum LCS beroperasi sepenuhnya yang dijangka pada penghujung 2026.

“Alhamdulillah, sekarang projek ini diteruskan dan berjalan dengan baik, LCS pertama dijangka diturunkan ke air pada Mei atau Jun 2024.

“Selepas itu, ada tempoh 22 bulan untuk kita buat ujian pemasangan sistem dan peralatan sebelum beroperasi pada penghujung 2026. Jika berjalan lancar, lapan bulan berikutnya akan menerima LCS kedua,” katanya.

Kapal LCS mencetus kontroversi di Malaysia berikutan proses pembinaannya yang dikaitkan dengan salah urus dan rasuah ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam kenyataan pada 9 Oktober 2023 menyatakan tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak lawatan PAC pada 11 Disember 2021 hingga lawatan pada 10 Jun 2023.

Namun, tempoh masa bagi pembinaan lima LCS akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan semua kapal terbabit akan diperoleh TLDM pada 2029.

Perubahan itu juga tidak lagi seperti kontrak asal sebelum ini iaitu semua kapal terbabit perlu diserahkan pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >