Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar: 23 aktivis M’sia dalam tahanan bebas

Oct 4, 2025 | 7:15 PM
Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, flotila ke gaza
Pelakon Malaysia, Ardell Aryana, yang mencetus kebimbangan suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, apabila berita mengenai penahanannya oleh tentera Israel, adalah antara 23 aktivis kemasyarakatan Malaysia, yang sudah dibebaskan. - Foto INSTAGRAM ARDELL ARYANA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, sudah dibebaskan.

Beliau menjelaskan aktivis ini termasuk beberapa selebriti seperti penyanyi Zizi Kirana, Datin Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi dan pelakon, Ardell Aryana, telah dibawa ke Lapangan Terbang Ramon di Israel, pada petang 4 Oktober, sebelum menuju ke Istanbul, Turkey.

Katanya, semua aktivis Malaysia berkenaan dijangka mula pulang ke tanah air, pada 5 atau 6 Oktober.

“Alhamdulillah, sekarang 23 aktivis sedang menuju ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel... (sebelum dibawa) dengan pesawat khas dari Turkey untuk mengangkut mereka ke Istanbul.

“Rundingan saya dengan Ketua Risikan Malaysia yang ada di Ankara (Turkey) ketika ini untuk menyelaraskan bersama Duta Besar dan Kedutaan Malaysia di Ankara.

“Mereka akan berlepas pulang, esok malam atau lusa. Itu kita sedang atur,” katanya dalam kenyataan secara langsung melalui Facebook beliau pada 4 Oktober, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mengulas lanjut, Datuk Anwar bersetuju semua aktivis berkenaan diberikan sedikit ruang masa menginap di Istanbul bagi tujuan menyelesaikan beberapa keperluan mereka.

“Lebih baik mereka menginap di Istanbul selama satu hari setengah dulu untuk siasatan kesihatan dan akibat trauma serta tekanan tentera Israel yang sudah bertindak agak keras terhadap mereka.

“Sekarang, kita dapat berita yang sangat menyenangkan dan tentunya kita juga dengan semua rundingan ini, saya tidak hanya membatasi keselamatan rakyat Malaysia dan Turkey.

“Kita juga bicara mengenai semua termasuk aktivis Eropah, rakan Indonesia dan lain-lain negara yang bersama dalam rombongan pembebasan Sumud Flotilla yang pada hemat saya sangat berjaya,” katanya.

Beliau menambah, terdahulu ada tiga anggota misi GSF dari Malaysia yang keberatan menandatangani arahan pengusiran dari Israel.

“Namun, pendapat kita ialah untuk mereka bersetuju dan kita bincang juga dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, untuk mengajak semua pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Anwar turut mengulangi penegasan beliau bahawa usaha pembebasan berkenaan membabitkan kerjasama erat dengan Turkey, khususnya komitmen daripada Presidennya sendiri, Encik Recep Tayyip Erdogan.

“Melalui kerjasama penuh pemerintah Turkey, ini langkah menyusul rundingan diplomatik yang agak panjang, termasuk (menerusi) Kementerian Luar (oleh Menterinya), Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri, dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Marco (Antonio) Rubio.

“Selain itu, kerajaan Jordan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; wakil khas Presiden Amerika, Encik Steve Witkoff; dan saya sendiri dengan Perdana Menteri Qatar serta Ketua Keselamatan Negara Turkey, Dr Ibrahim Kalin,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg