Anwar: Dasar perlindungan ekon ancam sistem dagangan global

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar: Dasar perlindungan ekon ancam sistem dagangan global

May 16, 2025 | 11:46 AM

Anwar: Dasar perlindungan ekon ancam sistem dagangan global

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
anwar ibrahim, malaysia, russia, vladimir putin
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), bertemu dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, di Moscow sebelum menyampaikan ceramah di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), sempena lawatan rasmi Datuk Anwar ke Russia, pada 15 Mei. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi amaran tindakan unilateral (sebelah pihak) dan peningkatan dasar perlindungan negara-negara kuasa besar ekonomi adalah bertentangan dengan asas perdagangan bebas, selain mengancam keseluruhan sistem perdagangan global, khususnya negara kecil yang sedang membangun.

“Dapatkah anda bayangkan bagaimana pada 2025, meskipun dengan kewujudan Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) dan aturan perdagangan pelbagai hala, kita (sebaliknya) berdepan dengan peningkatan dasar perlindungan, pengenaan tarif serta sekatan unilateral?,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Asean in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), sempena lawatan rasminya ke Russia, pada 15 Mei.

Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata perkembangan sedemikian akan hanya cenderung kepada pemisahan ekonomi yang mengancam keseluruhan sistem yang kelihatan telah dipersetujui dunia.

Keadaan itu, tegas Datuk Anwar, akan hanya menjejas negara perdagangan seperti Malaysia serta negara lain di Asean.

Beliau berkata Malaysia misalnya, merupakan hab global terkemuka bagi industri semikonduktor dan pengeluaran cip di rantau itu, namun tiba-tiba diancam dengan dasar perlindungan sedemikian.

“Kita sedang berada dalam ketidaktentuan geopolitik (dan) yang memberi impak dan bukan setakat melibatkan isu keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, Datuk Anwar berkata adalah penting untuk terus memperjuangkan perdagangan bebas selain meningkatkan kerjasama ekonomi.

Begitu juga, di Asean, Datuk Anwar berkata walaupun terdiri daripada 10 negara yang berbeza, “kami saling hormat menghormati, mendukung kesaksamaan dan inilah yang perlu ditonjolkan kepada dunia”.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Russia atas penghormatan dan penghargaan yang diberikan dan percaya bahawa kita perlu bekerjasama (walaupun) berbeza budaya mahupun agama dan menjadi sahabat baik.

“Hubungan dua hala juga perlu, termasuk pertukaran belia dan pelajar serta penyelidik antara Malaysia dengan Russia,” ujarnya.

Datuk Anwar berkata Malaysia berpotensi meraih hingga AS$10 bilion (RM42.7 bilion/$12.9 bilion) dalam peluang perdagangan dan pelaburan dengan Russia dalam tempoh lima tahun akan datang apabila kededua negara memperhebat kerjasama dua hala dalam sektor strategik.

Dalam pada itu, Datuk Anwar yang turut mengadakan pertemuan dengan Rais (Ketua) Tatarstan, Encik Rustam Minnikhanov, berkata Malaysia bersedia menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan dengan republik itu yang mempunyai potensi besar untuk diterokai.

“Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan (ibu kota Tatarstan),” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg