Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar: Hutang negara turun sejak Kerajaan Perpaduan ambil alih

Jul 26, 2024 | 12:55 PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung hutang negara.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook rasminya, beliau mengulangi bahawa kerajaannya telah mewarisi hutang besar berjumlah antara RM1 trilion ($0.29 trilion) dengan RM1.5 trilion selepas mengambil alih kuasa pada 2022.

“Komitmen kami adalah untuk mengurangkan hutang dan inilah yang kami lakukan,” kata Datuk Anwar dalam hantaran di Facebook rasminya, lapor Malay Mail.

Datuk Anwar berkata pada 2021 dan 2022, hutang negara masing-masing mencecah RM100 bilion, tetapi ia dikurangkan kepada RM93 bilion pada 2023 dan terus merosot kepada RM86 bilion pada 2024.

“Tetapi mengapa tidak boleh terus batal semua hutang? Kerana ia akan menjejas projek-projek membantu rakyat. Sekolah baru atau universiti dan pembangunan, termasuk tanggungan kita membayar hutang lama,” katanya.

Datuk Anwar turut menjelaskan, nisbah tanggungan hutang negara daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) adalah tinggi iaitu pada kadar 64 peratus.

“Sasaran kita untuk menurunkannya secara berperingkat kepada 60 peratus,” katanya.

Dalam video tiga minit itu, beliau berkata kerajaan terdahulu telah menyebabkan defisit kerajaan mencecah 6 peratus daripada GDP.

Bagaimanapun, pada 2023, nisbah defisit kerajaan berada pada kadar 5 peratus.

“Pendapatan kurang, belanja lebih ini yang kita warisi. Sama macam berhutang, kalau kita turunkan secara mengejut dan drastik akan memberi kesan daripada segi projek sedia ada dijalankan, projek membantu rakyat dan juga projek pembangunan.

“Sebab itu kita mengurangkannya secara berperingkat,” jelasnya.

Kata Datuk Anwar, dakwaan pengkritik bahawa kerajaan beliau memungkiri janji untuk mengurangkan hutang negara adalah tidak berasas dan hanyalah budaya serangan politik tidak bertanggungjawab.

Beliau menekankan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia sentiasa mengeluarkan data yang tepat berkaitan hutang negara.

Awal minggu ini, Datuk Anwar dilaporkan berkata kerajaan mengambil pendekatan berhemah untuk memastikan perbelanjaannya hanya digunakan apabila perlu sebagai dana untuk pembangunan atau untuk menyelesaikan hutang sedia ada.

Beliau menekankan kepentingan untuk menutup masalah ketirisan wang negara dan pembayar cukai yang perlu memenuhi kewajipan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg