Anwar: Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat M’sia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar: Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat M’sia 2026

Jan 6, 2025 | 2:31 PM

Anwar: Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat M’sia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA

SEPANG (Selangor): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan negara itu dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Sehubungan itu, beliau berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion ($44.61 bilion) yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak.

“TMM2026 adalah satu pendekatan baru dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama dan ini bermulanya satu inisiatif, ikhtiar supaya betul-betul mencatat pertumbuhan pelancongan ke seluruh negara.

“Saya minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan tentunya pelaburan serta ekonomi supaya tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih dan tertinggal,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen TMM2026 di sini pada 6 Januari.

Datuk Anwar berkata sasaran kehadiran 35.6 juta pelancongan yang bakal menjana pendapatan RM147.1 bilion itu disifatkan sebagai pragmatik dan realistik.

Katanya, jika unjuran itu dicapai, ia secara tidak langsung memberi manfaat besar kepada pelbagai sektor di negara ini seperti pelancongan, makanan dan minuman serta industri berkaitan.

“Namun, di sebalik angka utama ini, matlamat kita jelas iaitu mempromosikan pelancongan yang lestari kepada alam sekitar dan komuniti. Pelancongan ini bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi sambil menyediakan pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan kepada pelawat.

“Malaysia bukan sekadar destinasi biasa tetapi destinasi yang unik, mesra alam dan diperkaya dengan keunikan rakyatnya yang berbilang budaya dan bangsa,” katanya.

Datuk Anwar berkata matlamat itu juga selaras dengan kerangka Madani, iaitu nilai teras pembangunan negara dengan mengutamakan kelestarian seiring pencapaian tahap yang lebih tinggi.

“Ini diakui sebagai sesuatu yang sering diabaikan dalam keghairahan mengejar kejayaan dan pembangunan yang banyak mengabaikan aspek alam sekitar.

“Oleh itu, dalam usaha kita mempromosikan Malaysia, kita ingin mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang lestari dan harmoni, dengan warisan budaya yang pelbagai, berasaskan asas budaya yang kukuh dan inklusif dalam pendekatannya,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg