Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar: Kerajaan Perpaduan tiada skandal, kes besar

Jan 3, 2025 | 2:59 PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beramah-tamah dengan penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi perjumpaan menyampaikan amanat tahun baru 2025 di Putrajaya pada 3 Januari.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beramah-tamah dengan penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi perjumpaan menyampaikan amanat tahun baru 2025 di Putrajaya pada 3 Januari. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan usaha Kerajaan Perpaduan memperkasakan tatakelola pada pelbagai peringkat sebagai satu kejayaan, dengan tiada skandal atau kes besar boleh dipalitkan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun ini.

Menurutnya dalam tempoh itu, kerajaan pimpinannya menjalankan proses tender yang telus hingga tiada skandal besar berlaku.

“Sementara kita tekankan soal tatakelola, yang saya anggap satu kejayaan, orang banyak bercerita mengenai kes lama dan saya nak sebut dalam tempoh dua tahun ini, saya syukur kepada Allah kerana kita menjalankan proses tender yang telus dan tidak ada satu pun skandal besar diungkapkan dalam tempoh dua tahun ini.

“Bagi saya ini kejayaan yang lebih besar. Kita ada keupayaan dan tidak boleh menyelesaikan semua masalah, negara ini negara hukum (ada undang-undang) dan kita harus mengambil keputusan berdasarkan tatakelola yang baik,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baru 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 3 Januari.

Datuk Anwar mengingatkan penjawat awam supaya tidak terheret dengan hiruk-pikuk perbincangan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, beliau berkata penjawat awam perlu memberikan tumpuan terhadap usaha membangunkan Malaysia supaya menjadi negara yang hebat di rantau ini.

“Saya mahu penjawat awam mempunyai satu ketetapan bahawa tugas kita ialah melonjakkan ekonomi dan prestasi negara, kecekapan dan keseriusan kita.

“Percayalah beri satu dua tahun, kalau semangat sebegini, pengiktirafan sebegini rupa dan kesatuan semangat kita, saya percaya kita akan saksikan Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini, saya yakin,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tatakelola, Datuk Anwar mahu pimpinan kerajaan mencari kaedah baru dalam memastikan proses birokrasi ditangani sebaiknya.

Beliau juga mahu setiap penjawat awam termasuk pegawai rendah diberikan ruang menyampaikan pandangan dan idea dalam mesyuarat di jabatan kerajaan.

“Saya menekankan perkara ini berkali-kali untuk mengharapkan setiap jabatan, sekecil mana pun, mula 2025 ini, minggu berikut ini, beri ruang kepada semua berbicara,” katanya.

Justeru, beliau berharap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dapat merangka kaedah memberi ruang kepada setiap anggota penjawat awam menyuarakan pandangan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg