Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Anwar nafi arah siasat individu tertentu dalam kes rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar nafi arah siasat individu tertentu dalam kes rasuah

Feb 02, 2024 | 10:58 AM



REMBAU (Negeri Sembilan): Di sebalik pendedahan beberapa siri siasatan dipercayai rasuah di Malaysia mutakhir ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau memberi arahan kepada agensi penguatkuasaan untuk menahan atau menggeledah rumah individu tertentu untuk diambil tindakan.


Beliau menegaskan tidak bertindak sedemikian, sebaliknya hanya memberikan arahan umum kepada agensi penguat kuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

Beliau berkata arahan itu diberikan kepada agensi terbabit semata-mata untuk menyelamatkan negara dengan memastikan kes membabitkan salah guna kuasa dan rasuah tidak berlaku lagi.

“Saya tidak bagi arahan tangkap orang ‘A’ atau geledah rumah ‘B’. Saya bagi arahan umum, nak selamatkan negara mesti cari jerung-jerung besar sebagai suatu pengajaran supaya hal ini (salah guna kuasa dan rasuah) tidak berlaku lagi.

“Tidak selesai dengan menangkap sarjan dan mendakwa orang kecil kerana ia tidak akan jadi pengajaran, ia hanya sebagai suatu sandiwara saja. Tapi kalau kita tunjukkan kesungguhan, membetulkan tatakelola, saya percaya negara boleh diselamatkan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berucap merasmikan Program Penggerak Madani Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan, pada 1 Februari malam.

Turut hadir termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; dan Ahli Exco Kerajaan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Datuk Anwar berkata kerajaan tidak akan mengizinkan kuasa dan pemerintahan sebagai kesempatan untuk memunggah kekayaan atau memperkayakan tokoh tertentu.

“Harus dihentikan, ditamatkan atau dinokhtahkan sebagai suatu pengajaran bahawa yang berkuasa itu mesti pikul sebagai suatu amanah dan ukuran kejayaan perdana menteri atau menteri kewangan bukan berapa bilion yang digondolnya.

“Ini jelas, sepanjang setahun saya pimpin (Kerajaan Perpaduan), tidak pernah sekali pertikai keputusan dan tindakan SPRM, LHDN dan badan kehakiman.

“Apa yang LHDN putuskan, SPRM putuskan, apa pendakwaan yang peguam negara atas apa keputusan badan kehakiman putuskan, tidak pernah dipertikaikan,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan pimpinan dan pentadbiran negara perlu melaksanakan tatakelola yang baik dengan menolak sebarang bentuk rasuah.

“Tiada mana-mana negara yang boleh selamat jika amalan ini (rasuah) diteruskan, justeru kita perlu bermula dengan tatakelola yang baik dengan semangat menolak rasuah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >