Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Daim didakwa di mahkamah kerana gagal isytihar 71 harta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Daim didakwa di mahkamah kerana gagal isytihar 71 harta

Jan 29, 2024 | 03:53 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 Januari, atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.


Daim, 85 tahun, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, kelihatan tenang dan mohon dibicarakan selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Cik Azura Alwi.

Beliau, yang memakai sut hitam dan berkerusi roda, dibenarkan berada di luar petak tertuduh sepanjang proses pertuduhan.

Daim, yang memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan boleh didenda tidak lebih RM100,000 ($28,377.36) jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala pasukan Daim diwakili barisan pendakwaan yang diketuai peguam, Encik M Puravalen.

Sebaik selesai prosiding, Cik Azura membenarkan Daim diikat jamin sebanyak RM280,000 dan tidak mengenakan syarat jaminan tambahan selepas menimbangkan keadaan kesihatannya.

Terdahulu, Wan Shaharuddin mencadangkan Daim turut dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya, sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan nasihat supaya semua pihak tidak memberikan sebarang komen mengenai kes berkenaan selepas ini.

Bagaimanapun Encik Puravalen berkata mahkamah tidak perlu mengenakan syarat tambahan berdasarkan keuzuran anak guamnya yang mustahil untuk melakukan perjalanan menggunakan pasport dan berkerusi roda.

Daim menghidap penyakit buah pinggang, pernah diserang angin ahmar, malah sebelah matanya sudah dikeluarkan kerana dijangkiti kuman.

Bagi permohonan pendakwaan supaya semua pihak tidak mengeluarkan komen mengenai kes itu, Cik Azura berkata semua pihak cukup matang dan berharap mereka tidak memberikan komen bagi mengelakkan subjudis.

Bagaimanapun, Daim dalam kenyataan sebaik selesai pertuduhan di mahkamah menegaskan tuduhan yang dihadapinya adalah bermotifkan politik dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan bagi membersihkan namanya.

Beliau juga tidak peduli dengan siasatan dan tindakan mahkamah dihadapinya, namun lebih bimbangkan masa depan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Namun, saya ingin menyatakan sesuatu mengenai keadaan negara kita. Seperti ramai yang lain mahukan sebuah Malaysia baru, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.

“Tetapi kini, kita dibayangi pula satu pentadbiran menyalahguna kuasa, di samping janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >