Topic followed successfully
Go to BHkuAnwar perjelas tekanan kerajaan M’sia tanggung subsidi bahan api RM5b sebulan
Anwar perjelas tekanan kerajaan M’sia tanggung subsidi bahan api RM5b sebulan
May 4, 2026 | 5:07 PM
Anwar perjelas tekanan kerajaan M’sia tanggung subsidi bahan api RM5b sebulan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), beramah mesra dengan kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya, pada 4 Mei, selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan kementerian itu. - Foto FACEBOOK
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 4 Mei, menggesa penjawat awam memainkan peranan dalam menjelaskan tekanan fiskal yang dihadapi kerajaan menyusuli kejutan tenaga sejagat, yang dicetuskan oleh konflik di Timur Tengah.
Datuk Anwar berkata kerajaan kini menanggung beban subsidi bahan api mencecah kira-kira RM5 bilion ($1.61 bilion) sebulan, dengan jumlah itu berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak dunia melonjak tinggi.
Laporan berkaitan
Stesen minyak di Selangor disiasat selepas kereta berdaftar S’pura isi petrol bersubsidi Apr 28, 2026 | 3:12 PM
Kerajaan M’sia tanggung subsidi bahan api RM8.28j sejamApr 27, 2026 | 1:27 PM
Dasar kerja dari rumah untuk penjawat awam jimat minyak RM678,000 Apr 23, 2026 | 1:43 PM

