Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anwar pertahan hubungan dengan Hamas dalam lawatan ke Jerman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar pertahan hubungan dengan Hamas dalam lawatan ke Jerman

 M’sia, Jerman gesa genjatan senjata kekal di Gaza
Mar 12, 2024 | 03:23 PM



BERLIN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan hubungan berterusan negara itu dengan kumpulan Hamas, semasa lawatan kerja rasminya ke Jerman yang juga penyokong tegar Israel.


Serangan Hamas yang tidak pernah berlaku ke atas Israel sebelum 7 Oktober, telah mencetuskan perang di Jaluran Gaza, dengan pertempuran tidak menunjukkan tanda berhenti selepas lebih lima bulan.


Malaysia yang juga sebuah negara majoriti Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan majoriti penduduk di negara itu menyokong rakyat Palestin.


Dalam sidang media bersama Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz di Berlin, Jerman, Datuk Anwar berulang kali ditanya mengenai hubungan Malaysia yang telah lama terjalin dengan Hamas dan pendirian terhadap perang.

Beliau menegaskan hubungan Malaysia adalah dengan sayap politik Hamas, sambil menambah: “Saya tidak meminta maaf mengenainya.”

“Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana sayap tentera dan saya telah menjelaskan perkara ini kepada ramai rakan sekerja Eropah (dan) Amerika Syarikat,” katanya lapor The Straits Times.


Datuk Anwar turut menggesa orang ramai untuk ‘memahami punca asas masalah’ yang mencetuskan konflik.

“Apa yang saya tolak sekeras-kerasnya ialah naratif ini, obsesi ini, seolah-olah keseluruhan masalah bermula dan berakhir pada 7 Oktober,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata kekejaman dan rampasan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dalam tempoh beberapa dekad telah mencetuskan punca.

Di sebalik perbezaan dengan Jerman, Datuk Anwar menegaskan wujud ‘kepercayaan’ antara Malaysia dengan Jerman dalam isu perang Israel-Hamas dan mereka bersetuju dalam beberapa aspek seperti mendesak penyelesaian dua negara.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Malaysia dan Jerman juga menggesa agar gencatan senjata kekal di Gaza, dengan pembebasan tawanan, di samping bantuan kemanusiaan dipercepat kepada rakyat Palestin.


Datuk Anwar dalam kenyataan bersama Encik Olaf, meminta komuniti antarabangsa berusaha menjadikan matlamat penyelesaian dua negara sebagai kenyataan dan mengakhiri konflik yang berlarutan selama beberapa dekad.

“Sudah empat dekad kezaliman, rampasan dan pengusiran rakyat Palestin. Mari kita bergerak ke hadapan.

“Saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Canselor mengenai penyelesaian akhir dua negara untuk memastikan wujudnya keamanan bagi kedua-dua negara dan bekerja bersama-sama untuk memastikan terdapat pembangunan ekonomi dan kemajuan bagi penduduk di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Datuk Anwar dalam hantaran di Facebook menggesa semua pihak menjadikan awal Ramadan kesempatan bermunajat dan meningkatkan amal serta darjat takwa, selain berusaha bersungguh-sungguh bagi menggapai nikmat madrasah Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >