AP dari Kedah, ahli niaga tak mengaku salah terima rasuah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP dari Kedah, ahli niaga tak mengaku salah terima rasuah

Dec 8, 2025 | 3:45 PM

AP dari Kedah, ahli niaga tak mengaku salah terima rasuah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ahli Parlimen (AP) Padang Serai (Kedah), Datuk Azman Nasrudin (kiri), mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember.
Ahli Parlimen (AP) Padang Serai (Kedah), Datuk Azman Nasrudin (kiri), mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember. - Foto NSTP

SHAH ALAM (Selangor): Ahli Parlimen (AP) Padang Serai (Kedah), Datuk Azman Nasrudin, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember, atas tuduhan bersubahat menerima rasuah RM400,000 ($125,990) berkaitan penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, pada 2020.

Datuk Azman, 53 tahun, yang juga AP pembangkang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), membuat pengakuan itu sebaik sahaja tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Menurut tuduhan, Datuk Azman didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41 tahun, untuk melakukan satu kesalahan, iaitu ahli perniagaan itu menerima bagi dirinya suapan wang tunai RM400,000 daripada Encik Mohd Hassanaim Fauzi secara rasuah.

Tuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, lapor Berita Harian Malaysia.

Suapan itu didakwa sebagai upah baginya membantu Encik Mohd Hassanaim mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).

Kesalahan itu didakwa dilakukan hasil subahat AP berkenaan yang mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada Encik Mohd Hassanaim bagi projek ternakan itu, pada 23 Jun 2020, di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ketika itu Datuk Azman merupakan Exco Pertanian Kedah.

Mahkamah kemudian membenarkan Datuk Azman, yang mempunyai seorang isteri suri rumah dan lima anak, selain menanggung ibu berusia 82 tahun, diikat jamin RM75,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Sebutan semula kes kemudian ditetapkan pada 17 Januari 2026.

Sementara itu, Amar Assuat pula dikenakan dua tuduhan kerana meminta dan menerima rasuah daripada Encik Mohd Hassanaim.

Datuk Azman, dalam satu video di media sosialnya sebelum ini, menjelaskan beliau telah dipanggil SPRM pada 25 Mac lalu sebagai saksi untuk membantu siasatan berkaitan projek ternakan itu.

“Namun, dalam masa sekejap saja, daripada dipanggil sebagai saksi untuk siasatan, saya terus akan didakwa.

“Jadi saya melihat ini kemungkinan ada unsur pengaruh politik yang cuba untuk mencemarkan imej saya sebagai AP PN,” katanya.

Beliau mendakwa pendakwaan terhadapnya dipercayai ada kaitan dengan kemungkinan ulasan dibuatnya di TikTok mengenai jawapan Datuk Anwar berkaitan soalan tentang bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, yang kononnya ditohmah menerima rasuah.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui wujud trend masa kini yang mengagung-agungkan pemberi rasuah dan keadaan itu sangat menggusarkan dalam usaha kerajaan mahu membanteras rasuah.

Menurutnya, semua pihak tidak sepatutnya menggadaikan nilai kemanusiaan, semata-mata kerana perselisihan faham atau pertarungan politik sehingga mendewa-dewakan sesetengah susuk pemberi rasuah hingga mengetepikan nilai kemanusiaan.

“Mereka mengagung-agungkan pemberi suapan dan keadaan itu menggusarkan.

“Kita kata benci rasuah, tetapi apabila tindakan diambil dan kalau kena pada kawan, kita akan marah,” katanya, ketika berucap semasa Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) di Putrajaya, pada 8 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg