Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

AP M’sia dakwa disogok sokong PM akan dikena tindakan jika tak lapor SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP M’sia dakwa disogok sokong PM akan dikena tindakan jika tak lapor SPRM

Mar 05, 2024 | 02:52 PM



SEREMBAN: Ahli Parlimen (AP) Tasek Gelugor (Pulau Pinang), Datuk Wan Saiful Wan Jan, diberi tempoh sehingga 10 Mac untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau disogok untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata sekiranya Datuk Wan Saiful tidak berbuat demikian selepas membuat dakwaan disogok ketika sidang Dewan Rakyat pada 28 Februari, pihaknya akan mengambil satu tindakan terhadapnya, namun tidak mendedahkan tindakan itu.

“Setakat sekarang yang saya rujuk kepada Ibu Pejabat SPRM dan pegawai saya, beliau (Wan Saiful) belum lagi datang ke SPRM untuk buat aduan atau laporan seperti mana yang beliau timbulkan di Dewan Rakyat.

“Jadi kita akan panggil beliau minggu depan sekiranya dalam minggu ini beliau masih belum datang ke SPRM untuk buat laporan. Saya akan bagi arahan kepada pegawai saya untuk satu tindakan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Jelas Tan Sri Azam, seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, AP itu sepatutnya membuat laporan ke SPRM berikutan kenyataan itu dan bukan menunggu SPRM memanggilnya.

“Ini bukan masalah kami kena pergi cari beliau. Beliaulah kena datang ke pejabat SPRM atau mana-mana balai polis terdekat (buat aduan).

“Takkanlah saya nak pergi jumpa beliau pula atau nak ambil beliau di rumah dan nak bawanya ke pejabat. Begitulah kaedah dan analoginya,” katanya.

Sebelum ini Datuk Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat mendakwa diugut serta ditawarkan imbuhan supaya menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau mendakwa ditawarkan habuan sebagai balasan antaranya peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta ($0.48 juta) serta tuduhan kes di mahkamah digugurkan.

Ketika persidangan Dewan Rakyat pada 5 Mac, Datuk Wan Saiful membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan di Dewan Rakyat pada 28 Februari, yang mendakwa Datuk Anwar menyalahgunakan kuasa.

Beliau turut memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, kerana menyentuh nama beliau ketika mengeluarkan dakwaan tersebut.

Permohonan maaf itu dibuat Datuk Wan Saiful selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberi peluang kepada beliau bercakap sebelum usul menggantungnya enam bulan dibentangkan.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat 5 Mac, usul berkenaan sepatutnya dibentang oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri.


Tan Sri Johari berkata isu berkenaan sudah selesai berikutan Datuk Wan Saiful telah menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf sebelum Datuk Ahmad Zahid kemudian bangun dan menarik balik usul dalam AUM tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >